Salam semua,

Beberapa bulan lepas Dekan ada menukar hosting bagi beberapa laman web yang Dekan jaga ke hosting yang lain, Elfbytes. Namun begitu, baru-baru ini, Dekan mendapat notis yang hosting lama Dekan telah digodam. Dan satu storage (Box) itu telah dikompromis. Ahamdullillah, dalam cuak mula-mula lega Dekan mendengarnya kerana hosting telah dipindahkan ke tempat lain.

Namun kelegaan Dekan tidak lama. Tiba-tiba teringat pula, adakah fail-fail dihosting lama di’automatik’ buang (delete) oleh penyedia hosting lama? Ia dibiarkan beberapa lama disitu untuk disimpan beberapa ketika dengan mengambilkira pengguna terlambat memperbaharui hosting pada tahun berikutnya. Jadi, jika godaman telah berlaku, barangkali fail-fail tersebut ada disalin dan disimpan oleh si penyerang. Dan si penyerang mungkin boleh turut melakukan aktiviti yang ‘malicious’ di laman web anda yang baru kerana mengetahui ‘rahsia’ di sebalik fail-fail yang terkandung disitu (seperti fail upload.php sendiri, folder yang berakses 777 dan sebagainya).

Oleh itu, pesanan kepada pembaca dan diri Dekan sendiri, lain kali, buang (delete) fail-fail dalam hosting lama sebelum pindah ke hosting baru.

Sekian.

P/S: Dekan ingin melahirkan rasa kekecewaan kepada penyedia hosting tersebut yang buat kali keduanya menghilangkan fail-fail dan data pelanggan atas kesalahan sendiri. Dan mereka tidak mempunyai backup. Mereka juga pernah mengakibatkan salah satu laman web Dekan downtime hampir 2 minggu. Not worth to host your business here.