18 Aug
Salam,
Kebiasaan bagi web developer, antara add-on yang popular di Mozilla Firefox ialah Firebug. Hal ini adalah untuk memudahkan sebarang pindaan dibuat kepada page tersebut. Firebug ini memudahkan Dekan mengaplikasi sebarang pindaan tanpa perlu membuka kembali coding dan upload sekerap mungkin supaya ia menjadi seperti dikehendaki.

Dan disebabkan sebelum ini Dekan jarang menggunakan Chrome, maka alkisahnya dua minggu lepas, semasa Dekan menghadiri satu bengkel berkaitan tenaga, cuma satu plug power sahaja dibekalkan, menyebabkan Dekan terpaksa berkongsi komputer dengan awek sebelah. Awek ini pula, keteradvancenan cuma mempunyai Google Chrome sahaja selain IE.


IE memang dah out dah bagi Dekan, jadi, Dekan pun gunalah Chrome Browser beliau. Semasa membuka mail.yahoo.com, ops, kelihatan nama beliau dan password yang di-asteriskkan. Tanpa Dekan sedari, tangan ini meright-click dan menekan ‘Inspect Element’ dan… well, sekian terima kasih.

Rupa-rupanya Inspect Elemen ini sama seperti Firebug add-ons Firefox, maka dengan mengubah sedikit sahaja coding, terpaparlah passwordnya. Credit to Mr A, rakan jahatku dua tahun lepas kerana pelbagai trik-trik tersebut masih boleh dipraktikkan.

Oleh itu berhati-hatilah ketika mahu save password di Chrome kerana walaupun terdapat pelbagai software yang boleh uncover that asterisk, namun hanya menggunakan browser tersebut sudah memadai.
P/S: It works on my housemates and colleagues also.
Sajer-sajer.. LAlala
19 Responses for "Berhati-hati untuk save password di Google Chrome browser"
heh! bahaya betul terutama kalau pc atau laptop yg dikongsi
ps:lama betul mendiamkn diri
heh yup betul. inspect element ni sama dengan element inspector yang lain.
dragonfly dalam opera, web inspector dalam safari, firebug dalam firefox dan chrome, inspect element dalam chrome, web designer (kot) dalam IE.
kalau guna webdeisgner terus je boleh matikan dengan fungsi ‘show password’ heh. dia tukarkan type tu terus
thanks.. boleh praktikkan ni..hehe
tak payah susah-susah inspect element, pergi je options, ada show password.
Boleh ajar sikit b’mana nak edit scripts tu supaya leh tengok pasword bukan nak buat jahat tapi ini adalah pelajaran.
[...] kini adalah biasa didengari. Dan minggu lepas Dekan yang lama menyepi tiba-tiba membuat entri pasal masalah sekuriti Chrome. Aku berpendapat ini bukan masalah Chrome sahaja tetapi memang membawa kepada masalah umum pelayar [...]
Emm, mozilla firefox pun blh tgk password dgn kaedah ni.. Tak selamat juga ni firefox..
bese kalau aku terpaksa surf kat cc, aku gune chrome incognito je.rase cam selamat sket.huhu
ala senang jew…wat nape ssh2, p jew kat password dye save tuw..
kalau p je kat pasword yg dia save tu buat apa.. apa yg entry nak sampai kan, satu pasword terbongkar, habis semua bende lain blh terbongkar…
Anyway, kerja kat tesdec ke?
good =)
i did it
hey…salam…cantek tutorial nih…
Thanks
Pooja
MLM Developers India
http://mlmdevelopers.com/products/mlm-software/corporate-mlm-soft/feature.html
Nice one! Saya pun baru tahu pasal benda ni.. ^_^
Dasyatnye…terima kasih kerana berkongsi ilmu..lepas ni kena berhati2..huhu
Greetings from Exabytes.
Exabytes gives you the amazing Dedicated Server packages, specially tailored to meet your hosting needs at amazingly LOW PRICE!
You may visit this link for further details:
http://www.exabytes.com.my/dedicatedserver/hot-deal-server/
Salam, walaupun simple info ni. Tapi besar akibatnya…
keh keh keh….
boleh jewk nk save, tapi jgn pernah bagi orang lain pakai la, takut diorang salah guna, kalau kita sorang pakai, mmg takde masalah ni pun kan dekan??ekekekek :p
Leave a reply