Assalamualaikum,

Jika anda seorang (atau berminat menjadi seorang) penganalisa ‘lubang-lubang keselamatan’ (wah, term. haha.), anda boleh mendapatkan ganjaran dengan hasil anda tersebut.

Walaupun agak lama Dekan tidak ‘berkecimpung’ dengan hiew, ollydbg dan sebagainya kembali, namun tawaran yang semakin meningkat oleh Mozilla dan Google agak memberansangkan. Dulu-dulu adalah jugak bercadang nak buat ‘kununnya’ sumber pendapatan sampingan (walaupun tak mahir, haha), namun usaha terbantut kerana Dekan beralih arah kepada ‘penganalisaan’ yang lain pula atas pertukaran kerja.

Jika anda mempelajari assembly language, seorang programmer yang boleh faham code yang decompile, dan juga pemprogram tool yang cikai2 pun xpe untuk fuzzing, maka, mungkin anda secara tidak langsung atau langsung boleh menjumpai vulnerability 0-day atau bug dalam software dan kemudian melaporkannya kepada pihak berkenaan untuk ganjaran. Tidak salah mencuba bukan.

Antara syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan ganjaran tersebut ialah:
1. iDefense LabVulnerability Contributor Program (VCP)
2. Tipping PointZero Day Initiative
3. GoogleThe Chromium Project
4. MozillaBug Bounty

Sekian sahaja info untuk anda. Jika cadang nak ajak Dekan join, tak pun nak letak nama Dekan, tak pun nak lepak dengan Dekan, just drop me email: admin [dhfdfbb] mywindowsxp.info . Gantikan [dhfdfbb] dengan @.

Sori lama nggak update. Tengok banyak pula fan, teruja kembali. Wah, banyak la sangat kan. Oklah, buat keje, buat keje. Asik merepek je Dekan neh.

Post Yang Berkaitan