Salam semua pembaca sekalian,

Cradle

Minggu lepas Dekan berkesempatan ke satu Informational Talk oleh pihak Cradle kerjasama dengan Macri di UniKL berkenaan geran RM150k dengan RM500k untuk idea dan peluang perniagaan. Ramai pembaca rasanya sudahpun mengetahui tentang ini. Adapun Cradle, MDec Technopreuner, dan ICON telah diketahui Dekan sejak pertengahan tahun lepas, namun perlaksanaan untuk mensubmit proposal selalu terbantut atas sebab-sebab masa yang tidak mengizinkan.

Secara ringkasnya, Cradle Investment Programme ini adalah conditional fund sehingga RM150k yang akan diberi kepada individu/working group yang mempunyai idea yang mempunyai nilai komersial dan inovasi pada masa akan datang. Oleh itu jika anda mempunyai sebarang idea, anda bolehlah cuba mengisi dan menghantar proposal secara online (compulsory) di laman web cradle itu sendiri.

Dalam Talk itu juga terdapat beberapa info luarbiasa seperti MDEC Technopreuner Pre Seed yang kedengaran dihentikan sementara waktu mungkin sehingga hujung tahun ini. Antara lain juga, funding cradle ini telah diubah daripada dibayar dalam 3 trench (RM50k setiap trench) kepada 2 trench (Yang pertama RM100k, kedua Rm50k).

BTW, kepada pembaca yang ada idea yang best2 kot2 nak share, boleh jugak kontek-kontek Dekan ek. Kite senyap-senyap sudah kutip duit banyak2. Miahaha. Ni rahsianya, anda boleh hantar banyak proposal, cuma satu anda boleh jadi first applicant, yang lagi dua anda jadi secondary applicant lah pakat-pakat dengan rakan-rakan. Tapi ingat, keje kene jalan, nanti hidup susah balik. Huhu.

Selain daripada Cradle, anda boleh cuba melihat ICON pula untuk tahun ini. Sambil tu usha-usha jugak Technopreuner Pre Seed kalo dibuka semula.

Sekian, terima kasih.

Post Yang Popular