Salam,

Anda masih ingat entri tentang kiosk yang diletakkan di KL Sentral, KLIA dan tempat-tempat umum dahulu? Ya, anda boleh membaca entri Dekan yang lepas-lepas.

Ini ialah sebuah kiosk yang bagus bagi saya. Ia mempunyai pelbagai kemudahan seperti informasi percuma tentang pelbagai tempat menarik di Malaysia. Ia yang digelar Brain of Malaysia juga dikatakan mempunyai feature seperti “perkhidmatan Internet, telefon, mel video, pembayaran bil, tambah nilai prabayar dan termasuk tempahan e-ticketing”.

Tahniah diucapkan dengan adanya kiosk tersebut memudahkan pengguna semua khususnya rakyat Malaysia dan orang asing. Walau bagaimanapun, feature “perkhidmatan internet” di kiosk tersebut seperti tidak boleh digunakan walaupun dikatakan cuma dengan 20 sen anda boleh melayari web selama 2 minit.

Ceritanya begini. Pada satu tengah hari yang panas, Dekan dan rakan-rakan di KL Sentral menunggu rakan. Kebosanan, Dekan ke Kiosk informasi berhampiran. Dengan memasukkan RM0.20 ke dalam mesin tersebut dengan harapan dapat melayari internet sebentar, hancur apabila skrin berikut yang keluar:

Refund
Setelah koin dimasukkan berikut ialah skrin yang dipaaprkan.

Rupa-rupanya fungsi untuk melayari internet tidak boleh digunakan. Hm.. Apa nak buat. 🙁 Tiba-tiba, mata Dekan menangkap sesuatu. Jeng2, inilah dia:

Gadis Kiosk
Si Gadis tersebut menggunakan Kiosk di KL Sentral

Ya, tapi jangan salah anggap. Walaupun si gadis itu cun, tetapi Dekan bukan melihat itu sahaja, Dekan juga cuma melihat skrin yang dipaparkan oleh kiosk tersebut. Tekanku betul. Si gadis itu yang sedang… melayari Utusan, Berita Harian online dan juga… Friendster.. Social Networking.. Ish3.

Alangkah bagusnya kalau kiosk tersebut boleh beroperasi menggunakan duit RM0.20 yang Dekan masukkan tadi. Tapi, bagus jugak kalau ada cara lain macam awek tadi buat. Hehe. Tq ajar Dekan ek.

Friendster
Antara website rangkaian sosial yang dilayari

Bolehla lepas ni kalau bosan-bosan Dekan surf internet di situ lagi. Hehe. :p

Harap lepas ni si pembuat kiosk boleh memperbaiki kiosk semula untuk kemudahan awam. Sekian, terima kasih. Jangan saman saya ye. Anda x rugi pape.

Mungkin added feature yang Dekan boleh cadang kat website info macam itu ialah satu fungsi tambahan rss feed untuk surat khabar online. 🙂

P/S: Oh ya, klue special untuk pembaca mywindowsxp cara melayari internet tersebut: ‘Link‘. 🙂

Post Yang Berkaitan