Salam pembaca semua,

Satu laman web Dekan jumpa ketika bekerja di tempat yang merestrict muat turun fail yang mempunyai extension seperti .exe .avi .mp4 .mp3 dan sebagainya.

Download at Work Logo
http://dlatwork.com

Laman web ini akan menukar file extension yang anda ingin download kepada file extension yang lain. Sudah lama Dekan mencari konsep seperti ini selain memikirkan menggunakan proksi-proksi dan sebagainya untuk membolehkan download dibypasskan.

Change extension

Anda cuma perlu masukkan link muat turun fail anda dan pilih extension yang ingin anda tukarkan. Satu link akan muncul untuk anda mut turun fail anda dengan extension baru.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan fail tersebut sebenarnya dimuat turun dahulu di server laman web tersebut dan dinasihatkan fail-fail sensitif tidak didownload menggunakan laman web berkenaan.

Saiz muat turun yang dibenarkan ketika entri ini ialah tidak melebihi 50MB sahaja.

Sekian. 🙂

Post Yang Berkaitan