Assalamualaikum,

ToDoList

Perisian berikut sedikit sebanyak telah membantu Dekan me’manage’ beberapa perkara yang yang akan dilakukan seperti projek, benda-benda alah kehidupan dan sebagainya. Ia adalah ToDoList yang mana ia adalah sebuah freeware yang anda boleh muat turun secara percuma.

ToDoList 2
Antaramuka ToDoList (Klik untuk besarkan.)

Beberapa perisian telah Dekan cuba sebelum ini seperti PostItNotes, Total Organizer dan sebagainya. Kelebihan perisian ini adalah simple dan sesuai untuk manage beberapa perkara dan pembangunan projek-projek anda selain ia adalah percuma. ToDoList open source oleh AbstractSpoon ini menarik ramai pembangun software dan mewujudkan plugin-lugin yang menarik yang boleh dicuba.

ToDoList 3

Kebanyakan perisian lain untuk backlog pula adalah web-based di mana anda mestilah mengkonfigurasikan komputer sebagai server untuk membolehkan ia berfungsi sebagai local.

Sekian sahaja yang ingin Dekan kongsikan. Anda juga mempunyai perisian seumpamanya? Sudi-sudikanlah berkongsi dengan semua. 🙂

Post Yang Berkaitan