24 Sep
Salam sejahtera para pembaca sekalian.
Sebelum cuti raya, satu perbualan dalam Instant Messenger telah berlaku antara saya dan seorang kenalan lama.
Kenalan: Hi Dude, how’s the new office?
Dekan: Hi Kenalan, it was ‘great’!
Kenalan: Any interesting founding? Any new prospect?
*Prospect merujuk kepada 2 perkara. Pertama, bisnes. Kedua, aweks.
Dekan: Lolx.. Not much here. But the geograpical area quiet potentional for that. But hey, talking about business, I got something to share with you.
Kenalan: What is it? Some sort of government top secret thingy?
Dekan: Nah.. It’s some sort of Source where we can pull off their money for the great ideas that we have in mind. more than pre-seed technopreuneur. Super duper much more!
Kenalan: What the… Hey let’s discuss it offline. Btw, if you have something to give me use my PGP key. Big things need an extra precaution.
Dekan: Hehe. Yeah I got some abstract to share. Will PGPing the contents.
Baiklah itu cuma kisah intro kepada tutorial ringkas cara untuk menghantar mesej yang dienkrip menggunakan kekunci PGP. Untuk keselamatan, kebiasaannya mesej-mesej rahsia di internet akan dihantar dan dienkrip dengan kekunci PGP Public penerima.
Sebelum ini Dekan ada menerangkan cara membuat PGP key anda sendiri dan anda akan mempunyai dua PGP key iaitu Public dan Private. Private ialah kekunci untuk anda simpan dan ia akan digunakan untuk membaca mesej yang dihantar untuk anda. Public ialah kekunci untuk diberi kepada penghantar mesej untuk dienkrip bersama-sama mesej rahsia yang akan dihantar kepada anda.
Sekarang katakan saya akan menghantar mesej kepada seorang yang bernama Dzul. Sebelum itu saya mestilah mempunyai PGP Public key beliau. PGP Public key ialah seperti senarai ini.
Perisian yang digunakan dalam tutorial ini sama seperti tutorial sebelumnya iaitu GPG4Win.
1. Lancarkan GPA (GNU Privacy Assistant).

2. Klik pada ‘Import’ dan pilih fail yang mengandungi maklumat PGP Public Key. Kemudian klik ‘OK’.

3. Perhatikan Kekunci tersebut telah dijana dan nama rakan saya dipaparkan. Kemudian klik ‘Files’.

4. Klik ‘Open’ dan pilih fail yang ingin dienkrip. Fail tersebut akan disenaraikan diruangan file.

5. Highlight fail tersebut, kemudian klik ‘Encrypt’. Pilih Public PGP Key rakan anda yang ingin menjadi penerima. Kemudian klik ‘OK’.

6. Satu fail baru dicipta dengan mempunyai nama yang sama dengan fail asal dengan extension .gpg. Fail tersebut telah dienkrip dan anda perlu menghantar fail tersebut kepada rakan anda sebagai attachment. Cuma rakan anda sahaja boleh membaca fail tersebut (menggunakan Private key nya), jadi anda tidak perlu risau walaupun fail tersebut telah diperoleh oleh orang yang tidak sepatutnya.

7. Mari kita lihat kandungan fail tersebut sebelum dan selepas dienkrip:

- Kandungan fail kod rahsia sebelum dienkrip

- Kandungan fail kod rahsia selepas dienkrip
Sekian sahaja tutorial kali ini. Jika anda pengguna Microsoft Outlook, anda boleh mengenkrip sebarang mesej terus daripada email anda. Terdapat satu Tab Add-Ins akan dicipta setelah menginstall GNUPG ini.
Sajer-sajer.. LAlala
7 Responses for "Cara bagaimana menghantar maklumat menggunakan PGP Public Key"
SALAM..saya nk btnyer..anti virus tok windows server 2003 dofis saya dah out of date n sya nk thu antivirus pe yg sesuai tok window xp2003 server n 2008…
trma ksih
@kurma_fariha
Salam. Saya pun tak berapa pasti antivirus yang terbaik untuk server kerana semua antivirus mempunyai antivirus for servernya sendiri. Apa yang boleh saya suggestkan berdasarkan pengetahuan saya ialah F-Secure Antivirus for Server, http://www.f-secure.com/en_EMEA/products/business/servers/anti-virus-for-servers/index.html . Tak tahulah harganya berapa, tetapi anda boleh cuba deal. Kelebihannya ialah makmal analisa virus tersebut terdapat di Malaysia sendiri walaupun ia syarikat antivirus antarabangsa.
Ia mungkin agak bias, tetapi anda juga boleh cuba melihat antivirus lain yang menawarkan support untuk Windows Server seperti Kaspersky: http://www.kaspersky.com/anti-virus_windows_server_enterprise dan sebagainya.
Assalamualaikum..bagaimana untuk tukarkan kod rahsia.txt.gpg itu kembali pada kedudukan asl kandungan fail kod rahsia sebelum dienkrip??
@unta55
Waalaikumussalam. Anda mestilah memastikan rakan anda menginstall dan menggunakan perisian pgp dalam komputer beliau. Caranya mudah sahaja. Assume beliau menggunakan perisian di atas (dan private key beliau juga diload di perisian tersebut). Jika beliau memperoleh fail rahsia.txt.pgp tersebut, beliau cuma perlu klik kanan dan pilih untuk ‘GPGee’ -> ‘Verify/Decrypt’ fail tersebut. Satu windows akan prompt untuk passphrase (iaitu password) dan fail baru iaitu kod_rahsia.txt akan tercipta.
andai kata,file yg diambil tidak thu asl usulnya dalam internet,tetapi telah diextrackan dlm format pgp ataupun format lain..Cth: Portal n text dia lbh krg mcm ini,susah nk letakkan gmbar bgi menerangkan pada abg dekan.
sya mula memcuba memplajari ilmu programing secara sendiri,nyata agak sukar utk memahaminya…jesteru itu sya terlihat portal abg dekan mengenai ilmu pgp brkaitan dgn programing. Blh saya mula2 mempelajarinya dari abg dekan dari hari ke hari.
@unta55
Jika fail pgp yang diambil dr internet tanpa diketahui asal usulnya, memang tidak boleh diketahui isi kandungannya jika tidak menggunakan private key yang betul.
Hm, blog sy yang cikai ini bukanlah berkenaan programming pgp. Ini adalah informasi secara rawak berdasarkan kehidupan seharian sy, pembaca dan rakan2. Untuk mempelajari ilmu programming, mungkin anda boleh mencuba bahasa pengaturcaraan C… atau lebih mudah mungkin Visual Basic. Terdapat banyak rujukan di internet.
W/bagaimanapun, feel free to drop by sometime. Weblog ini mengalu-alukan kedatangan anda.
Leave a reply