Archive for September, 2009

Assalamualaikum,

ToDoList

Perisian berikut sedikit sebanyak telah membantu Dekan me’manage’ beberapa perkara yang yang akan dilakukan seperti projek, benda-benda alah kehidupan dan sebagainya. Ia adalah ToDoList yang mana ia adalah sebuah freeware yang anda boleh muat turun secara percuma.

ToDoList 2
Antaramuka ToDoList (Klik untuk besarkan.)

Beberapa perisian telah Dekan cuba sebelum ini seperti PostItNotes, Total Organizer dan sebagainya. Kelebihan perisian ini adalah simple dan sesuai untuk manage beberapa perkara dan pembangunan projek-projek anda selain ia adalah percuma. ToDoList open source oleh AbstractSpoon ini menarik ramai pembangun software dan mewujudkan plugin-lugin yang menarik yang boleh dicuba.

ToDoList 3

Kebanyakan perisian lain untuk backlog pula adalah web-based di mana anda mestilah mengkonfigurasikan komputer sebagai server untuk membolehkan ia berfungsi sebagai local.

Sekian sahaja yang ingin Dekan kongsikan. Anda juga mempunyai perisian seumpamanya? Sudi-sudikanlah berkongsi dengan semua. 🙂

  • 0 Comments
  • Filed under: Perisian
  • Salam,

    Mungkin para pembaca juga sudah lama tertanya-tanya soalan ini semasa ingin membeli DVD untuk diburn, tetapi akhirnya membeli sahaja mana-mana pun kerana ia dikatakan tidak mempunyai perbezaan ketara.

    DVDrDVD +R

    Ia sememangnya sama.

    Ya, ia sebenarnya tidak mempunyai perbezaan ketara antara DVD-R dengan DVD+R, cuma player atau DVD Drive anda hendaklah sesuai membaca dan memburn DVD yang anda beli itu. Katakan anda memakai DVD-R drive di PC anda, semestinya anda memerlukan DVD-R untuk itu. Akan tetapi pada masa sekarang DVD drive dicipta bagi membolehkan kedua-dua format itu dibaca, iaitu DVD +- R.

    Perbezaannya..

    Yang diberi nama berlainan untuk kedua-dua jenis DVD itu adalah disebabkan syarikat yang mengesahkan format DVD tersebut. DVD-R adalah format DVD yang lama yang disahkan oleh DVDForum, satu badan yang menentukan spesifikasi sesuatu DVD. Manakala DVD+R adalah satu format yang lebih canggih yang dicipta oleh kumpulan Alliance yang terdiri daripada beberapa syarikat electronic gergasi iaitu antaranya Dell, HP, Ricoh, Sony, Yamaha, dan sebagainya.

    Terdapat sedikit perbalahan antara kedua syarikat yang memegang format DVD ‘-‘ dan ‘+’ tersebut kerana DVDForum tidak mengikhtiraf format DVD yang dicipta oleh Alliance iaitu format ‘+’. Walau bagaimanapun, agak kelakar juga kerana antara pengasas DVDForum suatu ketika dahulu ialah syarikat daripada Alliance sendiri.

    Oleh itu, belilah DVD yang mana-mana pun yang bersesuaian dengan player anda. Ada yang berpendapat DVD-R sesuai untuk rekod movie dan lagu, manakala DVD+R sesuai untuk diburn data-data kerana ia tidak mudah rosak.

    Sekian. Anda ada pendapat lain? 🙂

  • 8 Comments
  • Filed under: Perkakasan
  • Salam pembaca semua,

    Satu laman web Dekan jumpa ketika bekerja di tempat yang merestrict muat turun fail yang mempunyai extension seperti .exe .avi .mp4 .mp3 dan sebagainya.

    Download at Work Logo
    http://dlatwork.com

    Laman web ini akan menukar file extension yang anda ingin download kepada file extension yang lain. Sudah lama Dekan mencari konsep seperti ini selain memikirkan menggunakan proksi-proksi dan sebagainya untuk membolehkan download dibypasskan.

    Change extension

    Anda cuma perlu masukkan link muat turun fail anda dan pilih extension yang ingin anda tukarkan. Satu link akan muncul untuk anda mut turun fail anda dengan extension baru.

    Walau bagaimanapun, perlu diingatkan fail tersebut sebenarnya dimuat turun dahulu di server laman web tersebut dan dinasihatkan fail-fail sensitif tidak didownload menggunakan laman web berkenaan.

    Saiz muat turun yang dibenarkan ketika entri ini ialah tidak melebihi 50MB sahaja.

    Sekian. 🙂

    Sajer-sajer.. LAlala

    Nilai Blog Saya~


    My blog is worth RM57593.28.

    How much is your blog worth?

    Listed In