Salam semua,

Cara ni bukan cara advanced nak hack hp member anda, cuma cara poyo-poyo saja bagaimana HP anda boleh dimasuki tanpa kemahuan anda. Berikut ialah situasi yang menunjukkan ke’best’an HP anda dihack kununnya.

Waktu melawat semula UTM dahulu, Dekan duduk sebilik dengan seorang rakan lama yang mempunyai nama panggilan unik yakni Ciboy. Malam tu kitorang pun bukak la cerita tentang kisah-kisah lama. Biasela time ni la pun nak bukak cerita-cerita lama. Tak lama selepas itu, terpacul la soklan bab-bab cinta. Ciboy ni agak pemalu sikit nak cerita tentang ni, dia pun menafikannya.

Hehe. Tapi yang anehnya, tangan beliau tidak lekang dengan HP Sony Ericssonnya (sorry tentang model Dekan fail sket). Nak ditakdirkan pula, ketika beliau mahu ke tandas, Dekan mengambil HP tersebut untuk membaca mesej. Ciboy nampak tindakan Dekan itu dan tersenyum lebar, kerana beliau telah menetapkan password untuk membuka kotak mesej beliau.

Dekan: Ciboy, aku nak baca mesej ko boleh x?

Ciboy: Boleh-boleh. Bacerla. Kalau hang hebat. Hahaha. (Gelak-gelak kecil beliau.)

Begitulah sinisnya cabaran si Ciboy ini. Hehe. Yang sebenarnya, ayat pertanyaan Dekan di atas cuma untuk membenarkan tindakan seterusnya sahaja. Jeng3.

Tanpa berlengah lagi, Dekan pun meng’ON’ mode Bluetooth di HP Ciboy (bluetooth tak lock pulak ek) dan mengconnect dari HP Dekan menggunakan tools yang tidak seberapa (sebut kang korang gelak, xmau), kemudian paired @ allow acces dari HP Ciboy, membolehkan semua yang terkandung dalam HP Ciboy diakses. Hehe.

Bluetooth hack
Contoh menu/feature yang terkandung dalam tools tersebut

Dari Last Called, Phonebook, Mesej, dan juga Setting-setting lain semua boleh diubah. Apakan daya ini menahan…Terpaksalah Dekan membaca satu, dua mesej dari atas dan boleh meneka keseluruhan kandungan mesej2 yang lain (sebab orang bercinta ni asik pakai mesej template yang sama kot. Ayat2 mesti pattern yang mempunyai variasi atau keluarga yang sama je. Mak aih macam malware heuristic/generic detection la plak.)

Habis Ciboy nganga lah beliau kerana rahsia beliau sudah ku tahu. Hehe. Ampun… Jangan marah tau.

Bluetoothhack
PoC (dilakonkan semula) dan imej courtesy of Amir Ramzani. Kelihatan log Last Dialled Call nya terpapar.

Kesimpulannya, berhati2 dengan Bluetooth anda. Pastikan selalu off. Sekian sahaja. 🙂

Post Yang Berkaitan