12 Jul
Assalamualaikum semua pembaca,
Tajuk kali ini tak lain dan tak bukan - marilah membaca untuk menambah ilmu pengetahuan. Hal ini adalah kerana barubaru ini Dekan banyak mengeksplore sesuatu perkata dengan membaca buku.
Tertarik juga dengan Majalah Chip keluaran bulan lepas yang tajuk utamanya berkisar tentang ethical hacking. Dalam keluaran tersebut ia memberi sedikit sebanyak input berkenaan hacking dan yang menarik perhatian Dekan ialah sama ada ianya salah disisi undang-undang atau terdapat pengecualian. Secara ringkasnya, ia tidak salah jika ia dilakukan secara beretika iaitu dengan pengetahuan si empunya komputer, server, website dan tidak salah jika hendak recover password sendiri di komputer sendiri.
Sejak akhir-akhir ini dengan bertambahnya blog-blog di internet, dan servis-servis kebanyakannya diinternetkan, maka lahir jugalah darkside daripada internet tersebut iaitu aktiviti penggodaman. Hal ini terbukti apabila terdapat kes-kes personal disekeliling Dekan melaporkan kesan-kesan aktiviti tersebut. Dalam hati Dekan, “Wah sudah ramai mempunyai kepakaran dan kesedaran siber rupanya.”
Walau bagaimanapun ada yang teringin dan bertanya bagaimana untuk menggodam, dan Dekan sememangnya tidak pandai untuk menjawab itu. Dinasihatkan anda boleh bermula dengan belajar memprogram dan juga banyakkan membaca. Contohnya membaca majalah Chip tadi dan juga membaca buku-buku ilmiah yang lain. Terdapat juga forum-forum yang berkaitan dan kebanyakan forum-forum IT tidak akan membicarakan perkara tersebut kerana ia lebih kepada keburukan berbanding kebaikan.

Antara buku yang dibaca bulan lepas. Berlatarbelakangkan sebuah makmal sekuriti antivirus di Malaysia. :p
Dekan juga ada membaca buku-buku praktikal dan kebanyakan isi di dalamnya, walaupun cuma diserap 30-50%, ia cukup untuk membuat kita mendapat idea tentang sesuatu itu. Selalu juga Dekan bertukar-tukar idea dan buah pemikiran dengan encik 5ruz dan juga housemate daku sekarang. Tidak lupa juga blog-blog dan sumber di internet yang tanpa batasan sekarang memungkin anda belajar apa sahaja. Teringat pula blog saudara K yang menulis entri dan meletakkan rujukan sekali di bawahnya. Rajin betul beliau mengorek topik tersebut.
Dan, bonus untuk sesiapa yang selalu membaca al-Quran selain membaca buku-buku lain:
1. ilmu yang lain akan mudah diserap. Benar dowh.
2. anda akan mendapat pahala berganda-ganda. Eh sudah bulan Rejab dowh..
Intipati entri berikut adalah kerana sumber ilmu itu sendiri adalah dari pembacaaan, dan tidak dinafikan berguru adalah penting untuk memulakan sesuatu perkara. (Ingat tak kisah mulanya Al-Quran diturunkan dan Jibril memeluk Rasul dan menyuruhnya membaca.) Namun, ada juga dikalangan masyarakat yang mahukan sesuatu perkara tanpa melakukan penyelidikan terlebih dahulu.
Sekian, sahaja. Selamat membaca.
P/S: Dekan: Kepada seorang pembaca mywindowsxp yang menang pertandingan menangkap bendara di SyScan aritu, tahniah weh. Jangan menggatal tangan lak ek.
Sajer-sajer.. LAlala
8 Responses for "Membaca menambah ilmu pengetahuan"
File System Forensics pun kau baca ke Dekan? Wah…
Btw virus Conficker ape cerita? Betul ke yang website dekat Korea tu kena attack sebab Conficker?
@Cypherhackz
Oh buku tu da lama da ku baca, tapi kekompleksannya terserlah. X faham 100%, kena berguru kepada yang ‘pakar’ seperti en Cypher. Conficker seperti biasa masih dalam perhatian. Website korea kalo kena attack sebab conficker tidak dapat dikomen lanjut saya.
aa pasal website tu sah kan kene ddos.. dan dalang dia sorang laki umur 35 tahun tak silap.. dia ada botnet 7500 buah kot wakkakaka.. tu baca sekali imbas je la.. ^_^
p/s: K tulis sebab dah diajar gitu kot.
gambar makmal itu seperti pernah aku berada disana dan terasa pernah main pool kat atas makmal tu…
@ApoNie
Hahaha… Marilah bermain bersama-sama. Nak main ajak. On jek.
1. Harga buku mahal
yah, tak dapat dinafikan, membaca jambatan ilmu, tapi, boleh ke dapat buku2 setebal diatas dengan harga MYR 10? ataupun jalan termudah melanggar hakcipta dengan memfotostatkannya untuk mengetahui isi kandungannya.
2. Bahasa Inggeris
Kebanyakan buku2 ilmu banyak didapat dalam bahasa inggeris. mampukah budak2 orang asli pedalaman kat pahang tu memahaminya? malah sudah terang lagi bersuluh ppsmi itu memerosotkan pencapaian akademik adik2ku di sekolah.
3. Budaya
ramai orang sanggup menghabiskan masa dan tenaga lepak di kafe menonton perlawanan bola sepak. Dan akan mengenali perpustakaan bila musim peperiksaan melanda. Tambahan pula dengan mudahnya mendapatkan maklumat melalui komputer riba di kafe ipt yang berkemudahan wifi 24/7 (walaupun sebenarnya rajin membaca komentar di laman jaringan sosial mereka), membuatkan perpustakaan lengang dan sunyi.
4. bahan Picisan
wah, hobinya membaca. tapi, bahan bacaan? Hiburan, komik, santai. yang berat hanya tunggu masuk kelas ataupun kuiz yang akan diadakan sejam lagi.
@Maklan
Benar seperti apa yang dikata.
Mak aih mamat ni.. lama x dengar berita, maklan uit. Hehe. Wujud lagi rupanya. Ingatkan dah x berblog dah.
ada je… huhu
Leave a reply