Salam semua pembaca budiman,

Seperti kebiasaan hujung minggu, Dekan memang suka menghabiskan masa keluar berjalan-jalan melihat alam, maklumlah sementara masih single, bila lagi nak berfoya-foya. Dan semasa berjalan-jalan itu, barang-barang teknologi mestilah tidak terlepas daripada pandangan Dekan. Antara yang menarik yang ingin dibicarakan disini ialah kiosk.

Kiosk ialah suatu konsep yang ringkas dan memudahkan. Walau bagaimanapun, kiosk mestilah mempunyai satu sistem pengoperasian dan kebanyakannya menggunakan Microsft Windows XP. Idea kiosk juga pada awalnya boleh dianggap seperti menukarkan komputer buruk anda kepada ‘mesin pembuat duit’. Katakan anda mempunyai sebuah komputer lama iaitu Intel Pentium 1 (Dekan ada lagi simpan kat rumah, sapa mau? MMX technology, 2GB HD.. 1997. :p ), anda boleh menggunakannya untuk membuat kiosk kecil seperti untuk menjual kacang dan sebagainya.

Kiosk ini lebih memudahkan dan menyenangkan untuk anda melakukan pencarian, transaksi, melayari internet dan sebagainya. Akan tetapi anda kena ingat, kiosk yang diletakkan di tempat umum ini mungkin boleh disalahgunakan oleh orang tertentu untuk kepentingan peribadi/bisnesnya. (Benda yang massive ini bukan lagi peribadi, tetapi bisnes.) Anda melogin kiosk tersebut, melayari internet, membuka email, melakukan transaksi online, dan tanpa hati-hati akaun dan password anda dicuri.

KIOSK

Kisah kiosk 1:

Teringat dahulu Dekan ada bercerita sedikit tentang kiosk pelancongan (ia diletakkan di tempat umum seperti KL Sentral, KLIA, dsb), yang tersalah tulis negeri Kedah Darul Takzim. Ianya telah diperbetulkan dan penggunaan feature untuk ‘Internet’ dari kiosk tersebut belum berfungsi sepenuhnya.


Kisah kiosk 2:

Jika anda selalu mendengar Mix.fm, anda tentu mendengar iklan tentang Tropikana City Mall. Well, Dekan pun ‘pay-a-visit’ ke situ dan shopping barang-barang dapur di Carrefour. Yang menarik tiba-tiba Dekan ternampak satu kiosk di situ dan anda boleh meluncur internet secara percuma. Wah, majunya sistem di sini, kata hati Dekan, dan kelihatan background OS Windows XP dari jauh. Heh. Curious, Dekan pun datanglah dengan lebih dekat (dan kelihatan housemate Dekan yang turut sama ke sana tersengih) melihat Internet Explorer terbuka dan page di situ memaparkan url ‘logout’ untuk akaun Gmail. Ini bermakna ia sebelum ini telah digunakan oleh seseorang untuk menyemak emailnya di tempat tersebut. Oh dear…semestinya beliau seorang ‘busy pro’ yang tidak mempunyai masa menyemaknya di rumah.

Kisah kiosk 3:

Jika anda selalu ke OU atau One Utama, mungkin anda sedar kiosk untuk melihat direktori kedai-kedai menggunakan teknologi touch screen. Terfikir juga Dekan bagaimana untuk mendapat kembali skrin Window dan kemungkinan juga ia boleh diakses dengan teknik sentuhan. 🙂 Jeng3. Lihat apa yang Dekan jumpa – jika anda membawa kursor ke atas-kiri skrin dan menekan di situ, satu window seakan numpad akan terpapar. Apa yang anda perlu lakukan ialah key-in ‘password’ tersebut yang mengandungi nombor tertentu. Dekan tidak menghabiskan masa untuk membuat ‘kerja amal’ tersebut kerana banyak benda lagi boleh dibuat. Jika anda free, boleh la cuba kemudian beritahu Dekan apa berlaku. Tip: Tengok kesan jari kat skrin numpad tersebut jika ada. :p

Dalam persidangan HiTB tahun lepas, satu penerangan tentang iKat (Interactive Kiosk Attack Tool) telah diberikan, di mana tools untuk mempopup cmd, mencrash browser, dan lain-lain teknik lagi didemonstrasikan. Walaupun tools tersebut boleh dimuat turun dan diupload ke laman web anda sendiri, harus diingatkan tools tersebut ada kemungkinan mempunyai connection ke laman web author tersebut. Dinasihatkan jangan menggunakannya jika bukan bertujuan menguji sekuriti secara bertauliah.

Sekian sahaja 🙂

Post Yang Berkaitan