Kepada sesiapa yang mempunyai laman web di Geocities dan Yahoo!360,

Backuplah segera kerana ia bakal ditutup dalam masa terdekat. Dahulu Yahoo juga pernah menutup Yahoo!Photo dan juga Yahoo!Briefcase, memungkinkan tiada servis percuma dari Yahoo selepas ini. Pada pendapat Dekan, selaras dengan perkembangan teknologi sekarang, servis-servis percuma Yahoo tersebut walaupun digunakan sehingga kini, adalah kurang mantap berbanding servis percuma syarikat third party yang lain.

Yahoo Geocities bakal ditutup

Contohnya seperti flickr, yang mana pengguna boleh menguploadkan gambar, boleh berkongsi dalam satu komuniti dan lain-lain lagi feature. Bagi Geocities pula, ia cuma menyokong laman web statik yang kurang relevan buat masa sekarang (mungkin disebabkan perkembangan web 2.0 atau 3.0 akan datang) kerana penggunaan database dan lain-lain feature seperti sokongan perl, ruby, dan lain-lain lagi adalah perlu.

Jadi clean-up Yahoo seperti ini adalah penting kerana servis tersebut bakal depleted mengikut arus masa. Walau bagaimanapun, terima kasih dan tahniah kepada Yahoo kerana memberikan servis percuma tersebut dan sedikit sebanyak membantu Dekan pada masa dahulu. Jika anda berkesempatan, lawatilah laman web Dekan di http://www.geocities.com/cloudaeris85/index10.html sebelum ia ditutup pada 26 October 2009 ini. Laman web ini menjadi kenangan semasa mula-mula Dekan belajar koding HTML dahulu (dikod di notepad sahaja sebelum diupload ke Geocities).

Sekian sahaja, jangan terlupa backup atau memindahkan kandungan laman web anda. 🙂

Post Yang Berkaitan