Archive for July, 2009

Google hosted malware?

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

Tahun lepas Google ada mengumumkan perkhidmatan diagnostik untuk “safe browsing” (peluncuran selamat) untuk digunakan sebagai pemudah pembacaan daripada Safe Browsing API yang diperkenalkan sebelum itu. Konsepnya diterangkan di dalam paper ini yang mana setiap url yang anda taip akan discan oleh Google dahulu.

Kadang-kadang jika anda membuat carian di Google, anda akan melihat ada satu pernyataan bersama result anda iaitu: ‘This site may harm your computer‘. Itu menunjukkan Google telah rayap (crawl) ke laman web tersebut dan menjumpai virus, coding yang malicious dan sebagainya.

Tadi, Dekan pun mencuba Safe Browsing Diagnostic ini dengan menaip di url: http://www.google.com/safebrowsing/diagnostic?site=www.gov.my
untuk melihat laman web rasmi kerajaan Malaysia. Kelihatan result (gambar di bawah) yang dipaparkan menunjukkan tiada virus di laman web tersebut. Maka laman web tersebut boleh dipercayai.

Google Malware
Result untuk laman web www.gov.my

Kemudian Dekan test beberapa laman web lagilah. Ada yang keluar result, ada yang tiada seperti laman blog ini. Kemudian tergatal pulak tangan menaip google.com sendiri. Hasilnya:

Google Malware
Laman web google.com dicuba. Aik? Ada malware?

…Opss. Kelihatan laman web ini dikatan mempunyai malware. 😛 Menarik juga ya. Hati-hati dengan Google.

Happy holiday. 🙂

Forum mywindowsxp ditutup

Salam semua,

Sebenarnya sudah lama Dekan tak maintain forum mywindowsxp ini. Dulu buat kononnya untuk ahli-ahli bertanya masalh komputer dan sebagainya. Tapi disebabkan Dekan tidak pro-aktif untuk mempromosikannya dan disebabkan masa tidak mengizinkan, maka ia tidak dijaga dengan betul. Hasilnya…

Forum Mywindowsxp
Forum Mywindowsxp

… ia telah menjadi tempat mempromosikan sesuatu yang tidak sepatutnya (bahan menaikkan nafsu). Haha. Maka Dekan pun dengan segera mengunci folder forum tersebut di control panel supaya penyiasatan dengan lebih lanjut boleh dilakukan.

Kepada seseorang yang pernah bertanya tentang forum ini dan ingin menjadi admin (alamak, ampun, lupa nama..) nanti kita akan bincang hal ini dengan lebih lanjut. Mungkin kita akan kasi satu domain lain untuk anda.

Walau bagaimanapun, ingin Dekan nasihatkan di sini, jika anda mempunyai hosting sendiri, lakukan sedikit Google Search ke laman web anda supaya perkara-perkara ini boleh dijumpai. Contoh keyword yang boleh anda pakai ialah dengan menambah “site:” semasa melakukan pencarian.

“site:laman-web-anda”.
Contoh:”site:mywindowsxp.info” (Tanpa dan dengan pembuka-penutup kata, gunakan kedua-duanya.)


Sekian sahaja untuk pembaca sekalian. Be Good! 🙂

Membaca menambah ilmu pengetahuan

Assalamualaikum semua pembaca,

Tajuk kali ini tak lain dan tak bukan – marilah membaca untuk menambah ilmu pengetahuan. Hal ini adalah kerana barubaru ini Dekan banyak mengeksplore sesuatu perkata dengan membaca buku.

Tertarik juga dengan Majalah Chip keluaran bulan lepas yang tajuk utamanya berkisar tentang ethical hacking. Dalam keluaran tersebut ia memberi sedikit sebanyak input berkenaan hacking dan yang menarik perhatian Dekan ialah sama ada ianya salah disisi undang-undang atau terdapat pengecualian. Secara ringkasnya, ia tidak salah jika ia dilakukan secara beretika iaitu dengan pengetahuan si empunya komputer, server, website dan tidak salah jika hendak recover password sendiri di komputer sendiri.

Sejak akhir-akhir ini dengan bertambahnya blog-blog di internet, dan servis-servis kebanyakannya diinternetkan, maka lahir jugalah darkside daripada internet tersebut iaitu aktiviti penggodaman. Hal ini terbukti apabila terdapat kes-kes personal disekeliling Dekan melaporkan kesan-kesan aktiviti tersebut. Dalam hati Dekan, “Wah sudah ramai mempunyai kepakaran dan kesedaran siber rupanya.”

Walau bagaimanapun ada yang teringin dan bertanya bagaimana untuk menggodam, dan Dekan sememangnya tidak pandai untuk menjawab itu. Dinasihatkan anda boleh bermula dengan belajar memprogram dan juga banyakkan membaca. Contohnya membaca majalah Chip tadi dan juga membaca buku-buku ilmiah yang lain. Terdapat juga forumforum yang berkaitan dan kebanyakan forumforum IT tidak akan membicarakan perkara tersebut kerana ia lebih kepada keburukan berbanding kebaikan.

Books
Antara buku yang dibaca bulan lepas. Berlatarbelakangkan sebuah makmal sekuriti antivirus di Malaysia. :p

Dekan juga ada membaca buku-buku praktikal dan kebanyakan isi di dalamnya, walaupun cuma diserap 30-50%, ia cukup untuk membuat kita mendapat idea tentang sesuatu itu. Selalu juga Dekan bertukar-tukar idea dan buah pemikiran dengan encik 5ruz dan juga housemate daku sekarang. Tidak lupa juga blog-blog dan sumber di internet yang tanpa batasan sekarang memungkin anda belajar apa sahaja. Teringat pula blog saudara K yang menulis entri dan meletakkan rujukan sekali di bawahnya. Rajin betul beliau mengorek topik tersebut.

Dan, bonus untuk sesiapa yang selalu membaca al-Quran selain membaca buku-buku lain:
1. ilmu yang lain akan mudah diserap. Benar dowh.
2. anda akan mendapat pahala berganda-ganda. Eh sudah bulan Rejab dowh..

Intipati entri berikut adalah kerana sumber ilmu itu sendiri adalah dari pembacaaan, dan tidak dinafikan berguru adalah penting untuk memulakan sesuatu perkara. (Ingat tak kisah mulanya Al-Quran diturunkan dan Jibril memeluk Rasul dan menyuruhnya membaca.) Namun, ada juga dikalangan masyarakat yang mahukan sesuatu perkara tanpa melakukan penyelidikan terlebih dahulu.


Sekian, sahaja. Selamat membaca. 🙂

P/S: Dekan: Kepada seorang pembaca mywindowsxp yang menang pertandingan menangkap bendara di SyScan aritu, tahniah weh. Jangan menggatal tangan lak ek.

  • 28 Comments
  • Filed under: Zon Maklumat
  • Sajer-sajer.. LAlala

    Nilai Blog Saya~


    My blog is worth RM57593.28.

    How much is your blog worth?

    Listed In