Assalamualaikum,

Seharian melihat link-link url, domain, dan lain-lain lagi di internet, Dekan ngan rakan-rakan seangkatan bergurau2 senda tentang domain-domain yang terdapat di internet ketika makan tengahari. Macam-macam jenis url malware gunakan dan dijana seperti yang terdapat dalam versi Conficker dan sebagainya. Semua pelik-pelik. Maka terfikir pula oleh Dekan sepanjang mana nama sesuatu domain boleh hold.

Manalah tau kot-kot melalui nama domain dah boleh inject shellcode ke macam http://0301020102013e5c2b.com ke kununnya. Hahaha. Jeng3. Setelah melakukan sedikit carian dan hasilnya, 63 character dibenarkan untuk sesuatu domain dan domain yang terpanjang di dunia ialah:

http://thelongestlistofthelongeststuffatthelongestdomainnameatlonglast.com/

Walaa… Mantaplah. Dekan juga melakukan sedikit carian jika ada nama website Malaysia yang gatal-gatal nak letak domain panjang-panjang seperti yang terdapat di atas. Kununnya kot-kot ada: http://namablogsayaadalahnamadomainyangterpanjangdimalaysiadanterbukti.com ke haha bunyi macam menarik juga sebenarnya. (Itu belum campur subdomain dia lagi tuh. :p) Tapi nampaknya tidak terjumpa lagi.

Oleh itu kepada sesiapa yang teringin nak domain terpanjang, silalah berbuat demikian dan inform Dekan supaya boleh Dekan update. Akan tetapi anda mungkin akan bernasib tidak baik kerana Guiness Book of Record tidak akan menerima claim ‘Domain Terpanjang Dunia’ anda. Anda boleh baca email Guiness Book di sinidan secara ringkasnya sebab ia boleh diclaim oleh sesiapa sahaja yang mempunyai domain panjang dan ia tidak memerlukan usaha yang banyak untuk itu.

Okay, jumpa lagi. 🙂

Post Yang Berkaitan