24 Jun
Tatkala sedang bermain PS3 di opis petang tadi, tiba-tiba satu mesej masuk yang berbunyi:

Huhu. Tak dapat Dekan menjawabnya. Bukannya Dekan nak berselindung di sebalik dinding (taula tengah main Ninja Gaiden), atau mee, tetapi Dekan memang tak reti nak hack. Hack itu apa ya? Cuba takrifkan betul-betul. Dulu-dulu masa kecik teringin jugak nak jadi hackers lepas tengok cerita-cerita kat TV tuh. Ditambah pula dengan baca-baca cerita hackers2 ni. Mesti banyak juga pembaca yang berangan macam Dekan. Hehe.. Gimme 5ive!
BTW, Dekan pun mereply kembali, “Hack? Camna tuh?” kepada gadis misteri tersebut. Terkenang pula Dekan, adakah yang dimaksudkan penanya ini sama ada:
1. adakah Dekan pandai menggodam atau suka melakukan aktiviti menggodam?
2. Dekan pernah mencuba menggodam laman yang dikatakan beliau untuk kegunaan beliau (yang akan ditanya dalam mesej seterusnya)?
3. beliau ingin mempengaruhi supaya menghack laman web tersebut?
4. beliau sekadar ingin tahu bagaimana informasi beliau dalam laman web tersebut boleh dicuri?
Dan nampaknya sangkaan Dekan benar (no. 4)bahawa beliau cuma ingin tahu bagaimana informasi beliau boleh dicuri. Cuma satu sahaja jawapannya: SOCIAL ENGINEERING dan teknik RECONNAISSANCE yang mendalam.
Percayalah, dalam banyak-banyak mana pun kategori, chapter-chapter dan prosedur-prosedur ‘hacking’ yang seseorang akan lakukan, prosedur paling penting sekali ialah Reconnaissance - iaitu mengumpul seberapa banyak maklumat yang boleh berkaitan personal, syarikat dan sistem yang akan digodam dan bukan hanya tau run core impact mahupun acunetix, pangolin dll . Tidak kiralah sama ada ianya satu email seseorang individu dalam syarikat, biodata ringkas, dan lain-lain lagi yang memungkinkan untuk operasi seterusnya.
Hal ini terbukti apabila laman yang ditanya di atas mempunyai nama login yang boleh diteka dan passwordnya ialah no kad pengenalan si penanya tersebut. So, terel x Dekan mengsimulasi ‘hack’ kembali biodata si penanya tersebut?
Mesti ada antara pembaca teringat akan kes seperti TMnet aritu. Sekian sahaja. Jumpa lagi.
Sajer-sajer.. LAlala
10 Responses for "Dekan, ko pandai hack tak?"
yes.. itu yang K lihat kini.. social eng. bahaya.. term yang dikeluarkan oleh kevin mitnick sendiri lepas dia berjaya gunakan tektik tu..
Best kalau tau ilmu sal godam2 ni. huhu
@TMUkmkd
Yeah. 50 mata untuk K
@Fatin Pauzi
Betul3. Best tu mmg best, tapi jadilah penggodam beretika.
aku pun teringin gak nak hack website orang lain tapi bukan untuk mencuri tetapi untuk testing ilmu yang dipejari jer
Salam bro.. nak tumpang tnya laa.. saya menggunakan streamyx pakej 2m. tp bila sy balik kampung, streamyx yg ada kat umah kampung tu hanya guna pakej 384kb jer. So kira lembab gila laa.. So soalan saya, boleh x klau saya gunakan username serta password sy yg 2m tu untuk streamyx saya di kampung ni? klau boleh bagaimana cara atau settingnya? sebab saya dah cuba tp x boleh laa.. tp sy cuba tanpa setting apa2 laa.. Untuk pengetahuan saudara kedua-dua modem saya dari model 2/2+ DB102. Minta bantuan dari bro2 otai semua..
Minta tolong klau boleh hantarkan email kepada rubber_tapperz@yahoo.com. atau jika bro2 semua nak berikan jawapannya disini jer, minta tinggalkan pesanan kat shoutbox blog saya. http://rubbertapperz.blogspot.com.
thanks.. wassalam.
takk baik broo.. dosa!
menjawab soalan bujang,
aaa…ok.kalo ko nk guna account ko kt kampung boleh je. tapi mmg akan dpt speed selow la sebab port kt kampung tu takat 384kb je. modem tu xde hal sbb port yg nk configure speed tu kt dslam.
@ Kita
Sila-sila. Boleh jer. Bro kan berpengalaman.
@Bujang
Boleh2. Sila rujuk jawapan ‘budak tm’.
@Luth Textile
Aah kan.. X baik. ;p
@budak tm
Tq babeh. Hehe. Tq tolong jawabkan. Memang x pasti ttg ini sebenarnya.
dekan, bleh tak bg clue website result mane yg die suh hack tu???
@nak tahu
website result institusi pembelajaran di Malaysia… tu je la klue.. sekian terima kasih.. no comment..
Leave a reply