Salam pembaca sekalian,

Microsoft baru-baru ini telah melancarkan satu produk sekuriti iaitu antivirus yang dinamakan Security Essentials (kodnama: Morro). Ramai yang berkata Security Essential ini adalah berasaskan enjin produk berbayar Microsoft sendiri iaitu Microsoft OneCare.

Morro

Microsoft telah membuka link muat turun Security Essentials dalam versi Beta untuk cubaan. Sebanyak 75,000 sahaja muat turun dibenarkan. Walau bagaimanapun, anda masih boleh mencuba Security Essential ini jika anda tahu di mana untuk memuat turunnya. :p

Antivirus percuma Microsoft ini masih mendapat kritikan dari blog-blog IT yang terkenal kerana mungkin ianya masih baru dan meragukan kerana ‘Microsoft’ itu sendiri sama sekali tidak akan memberikan barang secara percuma – (Anda bayar OS Window dan Microsoft Office anda bukan?). Satu ujian telah dilakukan oleh AV-test.org untuk keberkesanan Morro ini, dan ternyata ia mampu mengesan kesemua virus dan kurang/tiada *false positive (Laporan AV Comparative untuk On-Demand Scanning (ODS sahaja, bukan cloud ya.).)Namun begitu ada yang berpendapat terdapat udang disebalik batu dengan tindakan Microsoft tersebut – virus berasal daripada sistem Microsoft itu sendiri, dan kelihatan Microsoft mengeluarkan produk sekuriti mereka pula.

Bergantunglah kepada anda untuk menilai sendiri yang mana baik buruk. Harap Microsoft tidak hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja. Lepas conquer sektor antivirus, Microsoft lepas tangan ataupun Microsoft kenakan bayaran pula. Apa pula pendapat anda? Sekian sahaja. :)

Post Yang Berkaitan