Archive for June, 2009

Salam pembaca sekalian,

Microsoft baru-baru ini telah melancarkan satu produk sekuriti iaitu antivirus yang dinamakan Security Essentials (kodnama: Morro). Ramai yang berkata Security Essential ini adalah berasaskan enjin produk berbayar Microsoft sendiri iaitu Microsoft OneCare.

Morro

Microsoft telah membuka link muat turun Security Essentials dalam versi Beta untuk cubaan. Sebanyak 75,000 sahaja muat turun dibenarkan. Walau bagaimanapun, anda masih boleh mencuba Security Essential ini jika anda tahu di mana untuk memuat turunnya. :p

Antivirus percuma Microsoft ini masih mendapat kritikan dari blog-blog IT yang terkenal kerana mungkin ianya masih baru dan meragukan kerana ‘Microsoft’ itu sendiri sama sekali tidak akan memberikan barang secara percuma – (Anda bayar OS Window dan Microsoft Office anda bukan?). Satu ujian telah dilakukan oleh AV-test.org untuk keberkesanan Morro ini, dan ternyata ia mampu mengesan kesemua virus dan kurang/tiada *false positive (Laporan AV Comparative untuk On-Demand Scanning (ODS sahaja, bukan cloud ya.).)Namun begitu ada yang berpendapat terdapat udang disebalik batu dengan tindakan Microsoft tersebut – virus berasal daripada sistem Microsoft itu sendiri, dan kelihatan Microsoft mengeluarkan produk sekuriti mereka pula.

Bergantunglah kepada anda untuk menilai sendiri yang mana baik buruk. Harap Microsoft tidak hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja. Lepas conquer sektor antivirus, Microsoft lepas tangan ataupun Microsoft kenakan bayaran pula. Apa pula pendapat anda? Sekian sahaja. 🙂

  • 3 Comments
  • Filed under: Perisian, Virus
  • Dekan, ko pandai hack tak?

    Tatkala sedang bermain PS3 di opis petang tadi, tiba-tiba satu mesej masuk yang berbunyi:

    dekan hack

    Huhu. Tak dapat Dekan menjawabnya. Bukannya Dekan nak berselindung di sebalik dinding (taula tengah main Ninja Gaiden), atau mee, tetapi Dekan memang tak reti nak hack. Hack itu apa ya? Cuba takrifkan betul-betul. Dulu-dulu masa kecik teringin jugak nak jadi hackers lepas tengok cerita-cerita kat TV tuh. Ditambah pula dengan baca-baca cerita hackers2 ni. Mesti banyak juga pembaca yang berangan macam Dekan. Hehe.. Gimme 5ive! 🙂

    BTW, Dekan pun mereply kembali, “Hack? Camna tuh?” kepada gadis misteri tersebut. Terkenang pula Dekan, adakah yang dimaksudkan penanya ini sama ada:
    1. adakah Dekan pandai menggodam atau suka melakukan aktiviti menggodam?
    2. Dekan pernah mencuba menggodam laman yang dikatakan beliau untuk kegunaan beliau (yang akan ditanya dalam mesej seterusnya)?
    3. beliau ingin mempengaruhi supaya menghack laman web tersebut?
    4. beliau sekadar ingin tahu bagaimana informasi beliau dalam laman web tersebut boleh dicuri?

    Dan nampaknya sangkaan Dekan benar (no. 4)bahawa beliau cuma ingin tahu bagaimana informasi beliau boleh dicuri. Cuma satu sahaja jawapannya: SOCIAL ENGINEERING dan teknik RECONNAISSANCE yang mendalam.

    Percayalah, dalam banyak-banyak mana pun kategori, chapter-chapter dan prosedur-prosedur ‘hacking’ yang seseorang akan lakukan, prosedur paling penting sekali ialah Reconnaissance – iaitu mengumpul seberapa banyak maklumat yang boleh berkaitan personal, syarikat dan sistem yang akan digodam dan bukan hanya tau run core impact mahupun acunetix, pangolin dll . Tidak kiralah sama ada ianya satu email seseorang individu dalam syarikat, biodata ringkas, dan lain-lain lagi yang memungkinkan untuk operasi seterusnya.

    Hal ini terbukti apabila laman yang ditanya di atas mempunyai nama login yang boleh diteka dan passwordnya ialah no kad pengenalan si penanya tersebut. So, terel x Dekan mengsimulasi ‘hack’ kembali biodata si penanya tersebut? 🙂

    Mesti ada antara pembaca teringat akan kes seperti TMnet aritu. Sekian sahaja. Jumpa lagi.

  • 10 Comments
  • Filed under: Random, Sekuriti
  • Assalamualaikum,

    Seharian melihat link-link url, domain, dan lain-lain lagi di internet, Dekan ngan rakan-rakan seangkatan bergurau2 senda tentang domain-domain yang terdapat di internet ketika makan tengahari. Macam-macam jenis url malware gunakan dan dijana seperti yang terdapat dalam versi Conficker dan sebagainya. Semua pelik-pelik. Maka terfikir pula oleh Dekan sepanjang mana nama sesuatu domain boleh hold.

    Manalah tau kot-kot melalui nama domain dah boleh inject shellcode ke macam http://0301020102013e5c2b.com ke kununnya. Hahaha. Jeng3. Setelah melakukan sedikit carian dan hasilnya, 63 character dibenarkan untuk sesuatu domain dan domain yang terpanjang di dunia ialah:

    http://thelongestlistofthelongeststuffatthelongestdomainnameatlonglast.com/

    Walaa… Mantaplah. Dekan juga melakukan sedikit carian jika ada nama website Malaysia yang gatal-gatal nak letak domain panjang-panjang seperti yang terdapat di atas. Kununnya kot-kot ada: http://namablogsayaadalahnamadomainyangterpanjangdimalaysiadanterbukti.com ke haha bunyi macam menarik juga sebenarnya. (Itu belum campur subdomain dia lagi tuh. :p) Tapi nampaknya tidak terjumpa lagi.

    Oleh itu kepada sesiapa yang teringin nak domain terpanjang, silalah berbuat demikian dan inform Dekan supaya boleh Dekan update. Akan tetapi anda mungkin akan bernasib tidak baik kerana Guiness Book of Record tidak akan menerima claim ‘Domain Terpanjang Dunia’ anda. Anda boleh baca email Guiness Book di sinidan secara ringkasnya sebab ia boleh diclaim oleh sesiapa sahaja yang mempunyai domain panjang dan ia tidak memerlukan usaha yang banyak untuk itu.

    Okay, jumpa lagi. 🙂

    Sajer-sajer.. LAlala

    Nilai Blog Saya~


    My blog is worth RM57593.28.

    How much is your blog worth?

    Listed In