Assalamualaikum,

Berkenaan entri sekejap semalam yang telah di’unpublish’kan semula untuk keselamatan, Dekan ingin berterima kasih kepada pihak web PKNS kerana mengambil tindakan dengan segera.

Bagi mereka yang ‘terlepas’, semalam Dekan ada mengomel sebentar tentang data Dekan yang mengandungi maklumat peribadi seperti Nama, Kad Pengenalan, Emel, No Telefon dan Alamat terdedah di laman web tersebut. Terdapat lebih kurang.. hm.. let’s see.. 2000++ orang lagi yang turut terdedah. Amat bahaya bukan? Hehe.. Tapi Dekan bukan sesiapa pun. Tak kisahlah. Cuma yang lain-lain tu kasihan mereka.


Email yang diterima daripada pihak PKNS

Walau bagaimanapun, TAHNIAH diucapkan atas tindakan pantas anda. Setiap manusia pasti melakukan kesilapan termasuk Dekan sendiri. Tapi Dekan puji sikap sesiapa yang mengambil endah perkara-perkara tersebut. Tahniah juga kepada sesiapa atau mana-mana badan swasta mahupun kerajaan yang Dekan pernah inform dahulu. Rata-ratanya semua akan mengambil tindakan dan memberi feedback kembali kepada Dekan kurang daripada 24 jam.

Bukanlah kerja Dekan untuk memantau semua laman web di Malaysia ini. Cuma kadangkala terserempak dengan perkara-perkara sebegini seperti di Google dan sebagainya. Oleh itu, sama-samalah kita bantu membantu.

Sekian sahaja. 🙂

Post Yang Berkaitan