28 May
Assalamualaikum,

Sudahkah pembaca sekalian mencuba Sistem Pengoperasian terbaru iaitu Windows 7? Versi RC atau Release Candidate (selepas versi Beta) telah dikeluarkan oleh pihak Microsoft pada hujung bulan April lalu. Anda boleh memuat turun secara percuma daripada laman web Microsoft.
Walau bagaimanapun, Dekan sendiri belum berkesempatan mencubanya. Hehe.. Secara lebih jujur, Dekan tidak mencubanya di PC sendiri, tetapi cuma di dalam VMware sahaja, dan ini membuatkan penggunaan grafik oleh Windows 7 terhad. Untuk tidak menghampakan anda, terdapat rakan-rakan blogger yang pernah mencubanya dan ada membuat sedikit review mengenainya.
Ulasan Mengenai Windows 7 RC
Windows 7 RC Sedia Di Cuba Oleh Semua Orang
Muat Turun Windows 7 Beta Secara Percuma
Muat-turun percuma Windows 7 Beta!
Cara-cara Nak Install Windows 7 Beta
Selamat membaca. Jika ada review yang lebih spesific dan menarik sila beritahu ya. Dekan akan update senarai di atas. Sekian sahaja..
BTW, jeng3.. di sinilah tempat Dekan memuat turun Windows 7 dan lain-lain perisian..

KLik-klik saja dah dapat key ori. Hehe. (Klik gambar untuk besarkan.)
“Harapkan ada MSDN (Microsoft Developer Network) tetapi tidak digunakan, bak aiskrim tidak dimakan.” Pepatah ini direka cipta Dekan sendiri dan tidak kena mengena dengan yang lain. Harap maklum.
Jumpa lagi..
Sajer-sajer.. LAlala
3 Responses for "Sudahkah anda mencuba Windows 7?"
mmg cantik win 7 ni…saya nak tanya sikit ,mcamana nak buat dual boot antara 2 HDD… 1 HDD ada win xp dan 1 lagi ada win7? saya nak nak tau caranya…
Rasanya sama sahaja seperti anda membuat dual boot disk-disk yang lain.
Anda boleh rujuk di sini: http://lifehacker.com/5126781/how-to-dual-boot-windows-7-with-xp-or-vista dan di sini: http://www.techspot.com/guides/143-dual-boot-windows7/
Anyway kalau ada masalah, please revert back for clarification. okay.
win 7 mmg cantik. laju dari vista plak tuh. waktu beta release mule2 dlu pun mmg da mantap, ape lagi yang final release nnti..
Leave a reply