Salam pembaca semua,

Semasa kejatuhan ekonomi ini, banyak orang yang kehilangan pekerjaan mahupun sukar untuk mendapatkan pekerjaan bagi fresh graduate. Akan tetapi ramai juga yang bijak dan menggunakan cara ini – melakukan perniagaan sendiri. Tidak kiralah sama ada anda mempunyai kemahiran komputer, menyanyi nasyid, membuat kek, menjahit, membuat panduan ebook dan lain-lain lagi, anda boleh expand kan kemahiran anda tersebut kepada ‘mesin membuat duit’. Banyak juga iklan di Mudah.my, lelong, ebay, lowyat dan sebagainya semakin meningkat asalkan ia bisnes yang akan menguntungkan. Walau bagaimanapun, berhati-hatilah terhadap orang-orang yang mengambil kesempatan mengiklankan barangan palsu dengan harga murah.

SSM

Baiklah, sebeleum itu, perlu diingatkan perniagaan ialah enterprise yakni anda dan diri anda ialah perniagaan yang anda lakukan, manakala syarikat ialah berlainan. Dekan cuma mengajar cara mendaftar ‘perniagaan’ berdasarkan pengalaman bersama housemate tatkala beberapa bulan lepas (March 2009) dan ia mungkin proses yang berlainan di masa akan datang.


Apa yang anda perlu ada (sebelum pergi SSM) mendaftar perniagaan?

1. Sedikit pengetahuan tentang pendaftaran perniagaan.
2. Nama syarikat – 3 cadangan diperlukan.
3. Duit pendaftaran – RM70 (untuk proses keseleruhan satu nama tred)
4. Kad pengenalan
5. Baca borang-borang contoh yang perlu diisi. (tidak wajib, tapi penting)

Itu sahaja bagi Dekan, tetapi anda boleh juga baca ini dan ini, ini juga sebagai rujukan.

1. Sedikit pengetahuan antuk pendaftaran perniagaan.
Pertama skali anda go through semua yang ditulis dekat sini: FAQ Pendaftaran Perniagaan dan ini.
Muat Turun juga panduan PENDAFTARAN PERNIAGAAN ini yang ditulis SSM.
Permohonan Nama Perniagaan, dan Prosedur Pendafratan.


2. Nama syarikat:

Anda boleh mereka-reka nama syarikat anda sendiri. Akan tetapi, pastikan nama tersebut tidak digunakan oleh orang lain dan nama tersebut tidak termasuk dalam nama-nama yang telah dirizabkan. Sila rujuk Permohonan Nama Perniagaan. Satu trik yang anda boleh lakukan ialah dengan mendaftar di laman web e-info ini secara percuma, dan melihat kesemua nama yang telah berdaftar. Sedikit sebanyak anda boleh mereka-reka nama syarikat anda nanti.

3. Duit pendaftaran:
Ramai yang tertanya-tanya berapa ringgit yang diperlukan untuk mendaftar. Sama seperti kami dahulu juga jenuh mencari laman web dan forum yang menunjukkan exact amaun yang perlu semasa pendaftaran. Setelah pergi sendiri, ianya tidak melebihi RM70.
Pendaftaran = RM30(jika menggunakan nama sendiri, eg. AHMAD SAIFUL ENTERPRISE) @ RM60 (jika menggunakan nama tred)
Sijil dan lain-lain = RM10
Setiap Cawangan lain = RM5 (ni tidak perlu jika tiada cawangan seperti Dekan)


4. Kad pengenalan:

Ini tak payah cakap pun xpe kot. Mestila nak jalan-jalan sekitar bandar membawa Kad Pengenalan. Nanti kena tangkap silap-silap kena hantar endon lak.


5. Baca borang-borang contoh yang perlu diisi. (Penting)

Sebelum anda terkontang kanting di SSM ada baiknya anda memuat turun dan membaca syarat-syarat perniagaan, dan contoh borang yang anda perlu isi.
1. Borang PNA42
2. Borang A

Kemudian, anda bolehlah ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang terdekat untuk urusan pendaftaran. Yang penting, datang awal, kerana urusan pemprosesan mungkin memakan masa satu hari dan bukan satu jam seperti yang tercetak di mana-mana dokumen. 😛 (Based on experienced…)

Inilah sedikit sebanyak panduan ringkas untuk anda. Jika ada sebarang pertanyaan, pembetulan, dan sebagainya, silalah tinggalkan komen anda. Sememangnya ada pembaca yang lebih arif daripada Dekan yang boleh menyumbang idea disini. Sekian. 🙂

Post Yang Berkaitan