Kerana ini:

maybank2u

Satu TAC yang anda peroleh semasa melakukan proses pembayaran atau peralihan wang di Maybank2u;
1. boleh digunakan selama mana sesi anda menggunakan Maybank2u selagi anda belum logout
2. untuk lebih tepat, mengikut laman web TAC Maybank2u sendiri, ianya berkesan selama 2 jam (mungkin sebagai satu ukuran sekuriti.)
3. beberapa transaksi boleh dilakukan menggunakan TAC tersebut bermakna jika ia jatuh ke tangan yang salah, wang anda sudahpun kering di akaun

Kerana itulah wujudnya beberapa email dan laman web palsu seperti yang terdapat di sini (sila lawat), di sini, di sini lagi, sini juga dan pelbagai lagi komplen di seluruh Malaysia. Kaedah yang berkesan untuk ‘menarik’ duit anda semasa transaksi bank bukanlah dengan menggodam laman web bank tersebut, tetapi cuma memalsukan satu website supaya kelihatan seakan-akan laman web bank tersebut. Ia di panggil ‘phishing’ sama seperti kaedah mencuri username dan password friendster anda dahulu.

Oleh itu, berhati-hatilah, dan jangan mendedahkan TAC anda kepada sesiapa yang meminta TAC anda sama ada melalui email, sms, telefon, dan sebagainya jika bukan anda yang melakukan transaksi tersebut. Ia mungkin seorang penjenayah yang cuma menyamar sebagai kakitangan bank. Tidak lupa juga teknik men’spoof’kan email seperti seakan-akan entri Dekan dahulu digunakan dalam email penjenayah.

Sebaiknya jika ada kemusykilan, hubungilah pihak bank dan sahkan masalah anda tersebut. Jika anda terlihat masalah sebegitu berlaku, anda juga boleh membuat laporan, sama ada di MyCERT(Letakkan kategori sebagai Fraud atau Forgery.. (Dem, double check balik macam tak sesuai lak, letakla banyak sikit ‘kategori’ Mycert syg..) atau letak ‘Others‘), atau lebih mudah lagi dengan menyumbang tenaga mengklik Menu HELP -> “Report Web Forgery…” di Mozilla Firefox anda jika anda mendapati terdapatnya laman web sebegitu. Dengan ini Mozilla boleh menagmbil tindakan memblock akses ke laman web tersebut.

Sekian sahaja, berhati-hati semasa melakukan urusan online. 🙂

P/S: Hati-hati JANGAN tandakan mywindowsxp.info pula semasa sedang mencuba-cuba cara di atas. :p

Post Yang Berkaitan