7 May
Assalamualaikum semua pembaca sekalian,
Sebelum ini Dekan biasanya menggunakan SmartFTP untuk melakukan pemindahan fail antara server dan komputer. Akan tetapi selepas beberapa ketika, kelihatan SmartFTP tidak lagi percuma. Dekan perasan apabila rakan Dekan yang menggunakan subdomain Dekan mengatakan ianya cuma versi trial selama 30 hari sahaja sekarang.
Maka, Dekan mencadangkan kepada beliau untuk menggunakan perisian percuma iaitu FileZilla FTP Client sahaja. Oh berkenaan FTP, tentu ada orang tertanya-tanya kenapa FTP (File Transfer Protocol). Hal ini adalah kerana Dekan tidak mahu beliau mengakses domain Dekan daripada CPANEL yang mana Dekan sendiri mempunyai akses penuh kepada domain tersebut. Bukan disebabkan ketidakpercayaan, cuma risau akan berlakunya sesuatu yang tidak dinginkan seperti data terdelete.
Maka Dekan membuat satu akaun FTP untuk beliau yang mana mempunyai maklumat seperti folder yang boleh diakses, username, password, port, dan sebagainya. Contohnya seperti di bawah:
Dan tidak lupa juga detail password dan sebagainya.
Kemudian, beliau memuat turun FileZilla daripada laman web FileZilla, install di komputer dan setting seperti berikut:
Pada bahagian berikut, letakkan sebetulnya:
Host: mywindowsxp.info <-- domain tersebut
Username: n@mywindowsxp.info <-- Username untuk ftp tersebut
Password: ******** <-- Password untuk ftp tersebut
Port: 21 <-- Port untuk ftp ialah port 21
Kemudian, klik QuickConnect. InsyaAllah anda akan mendapat seperti yang anda nampak di atas. Mulakan pemindahan fail dengan ‘mengheret dan lepas‘ atau teknik ‘salin dan tampal‘ ke direktori dari kiri (’Local site‘) iaitu komputer anda, ke kanan (’Remote site‘) iaitu laman web tersebut.
Sekian sahaja panduan ringkas.
Sajer-sajer.. LAlala
2 Responses for "Cara menggunakan FileZilla untuk FTP ke website"
aku gunakan filezilla ni. fungsi yang paling aku suka ialah auto updatenya. mudah dan cepat.
@azwan
Hm.. ada fungsi autoupdate rupanya.. menarik jugak ye.. Sy pun x abis explore lagi. Hehe..
Leave a reply