20 May
Assalamulaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian,
Dalam kerja seharian, ada sesetengah orang menggunakan VMWare atau Virtual Machine Software untuk simulasi pelbagai OS dalam satu komputer. VMWare ini ialah perisian seperti Virtual Box dan lain-lain perisian yang membolehkan anda menginstall sistem pengoperasian di dalamnya sama ada Linux ataupun Windows dan sebagainya. Satu masalah yang sering timbul semasa menggunakan VMWare ialah masalah kekurangan ruang storan di dalam imej virtual tersebut. Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan kapasiti VMware anda. Antaranya ialah dengan menambah satu lagi virtual Hard Disk iaitu dengan cara berikut:
1. Mula-mula, buka Vmware anda. Pastikan imej belum ‘Start’. Klik pada menu VM. Kemudian, klik ‘Settings…’
2. Anda akan mendapat window seperti ini. Klik “Add…”:

3. Tandakan Hard Disk, kemudian klik Next > :

4. Pada Disk, tandakan ‘Create a new virtual disk’ :

5. Pada menu ‘Select a Disk Type’, tandakan yang mana bertulis ‘Recommended’:

6. Namakan Disk File anda. Disarankan anda membiarkan sahaja nama yang tertera di situ. Kemudian klik Next:

7. Pada ‘Specify Disk Capacity’, letakkan saiz disk yang anda mahu. Dalam tutorial ini, Dekan cuma gunakan 2Gb sahaja:

8. Perhatikan Hard Disk kedua dengan kapasiti 2Gb telah dicipta:

9. Buka imej VMWare anda. Sekarang kita akan wujudkan partition untuk hard disk kedua. Klik Start -> My Computer. Klik kanan. Satu menu akan keluar, pilih ‘Manage’:

10. Window Computer Management akan keluar. Pilih Disk Management di bahagian kiri, perhatikan hard disk kedua anda ditulis ‘Not Initiliaze’ dan ‘Not Allocated’:

11. Klik kanan pada ruangan Disk 1 seperti dalam gambar, dan pilih ‘Initialize Disk’:

12. Tandakan Disk 1, dan klik OK.

13. Klik kanan pada Unallocated Disk Space. Pilih ‘New Partition’:

14. Pilih Primary Partition dan klik Next:

15. Letakkan saiz yang anda mahu. Disarankan letak sahaja nilai maksimum yang anda tentukan sebelum ini. Klik Next:

16. Tentukan Drive Letter untuk Hard Disk tersebut. Disarankan biarkan sahaja tanpa diubah drive yang tercetak:

17. Nyatakan Jenis Sistem untuk diformat, nama dan sebagainya:

18. Klik Finish.

19. Jeng3.. Lihat hard disk anda telah berjaya dicipta. Sekian, terima kasih.

Oh ya sebelum terlupa. Dekan menggunakan VMWare Workstation untuk tutorial ini. Tidak tahu pula sama ada anda boleh melakukannya dengan VMware Player ataupun perisian VM yang lain.
Sekian, terima kasih.
Sajer-sajer.. LAlala
4 Responses for "Cara menambah ruang HD ke VMware"
haha.. lama dah tak guna vmware.. now guna sun punya je..
Owh, so ini dikira mencipta hard disk baru dalam komputer kite?
klau guna virtual machine akn memberatkan computer ke dekan.hrp bls
@hakim
Ya.. VM akan memakan memori komputer host yang digunakan. Katakan kita ada 4 GB RAM komputer, menggunakan Windows Xp, maka, 3GB RAM lagi boleh diallocate untuk VM-VM selagi ada 1 GB dikhaskan untuk host.
Katakan Host Windows XP= 4GB.
Jika pakai VM, allocate seperti ini:
- 1 GB untuk host beroperasi
- 3 GB lagi jumlah untuk memori VM-VM keseluruhan scara serentak. Contohnya anda membuka VM Windows XP (512MB), Ubuntu (512MB), Vista (2GB) = 3 GB.
Jika anda memakai host Vista, anda mungkin memerlukan lebih RAM, eg 2GB untuk host.
Leave a reply