7 Apr
Salam,
Kemaskini untuk entri berkenaan worm Yahoo Messenger sebelum ini, yang sebenarnya, kemungkinan besar ia berlaku kerana username dan password akaun tersebut telah dikompromise atau diketahui oleh orang yang tidak berkenaan.
Hingga ke malam tadi Dekan telah dua kali di Buzz oleh rakan-rakan sepertimana kriteria-kriteria yang diterangkan dalam entri tersebut. Satu kes yang amat menarik sekali iaitu seorang rakan Dekan yang sedang nyenyak tidur pukul satu pagi di ruang tamu rumah sewanya, tiba-tiba kelihatan akaunnya dilogin di Yahoo, dan memBUZZ Dekan. Serta tidak lupa kata-kata promosi untuk membeli barangan tersebut.
Maka, sahlah ia bukan disebabkan virus yang sedang trigger pada real time di komputer beliau (kerana komputer tersebut off). Satu sahaja penyebabkan, ia adalah disebabkan skrip automatik yang akan melogin ke akaun pengguna dan menghantar seberapa banyak mesej ke senarai kontek akaun tersebut.
Pada firasat Dekan, ianya bukan bertujuan promosi tetapi untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai orang tersebut seperti nama sebenar, email, no telefon, dan lain-lain lagi sepertimana yang terdapat di laman web ‘promosi’ tersebut.
Ok, sekian sahaja. Mahu masak2 sebentar. ![]()
Sajer-sajer.. LAlala
12 Responses for "Tukar password Yahoo jika anda mangsa worm"
jangan lupa clean sekali sistem tu..
sebab kalau ada backdoor nanti versi baru datang lagi
mcm nak cleankn die?
#TMUkmkd
Yup, betul3. Mana tau dalam komputer tu ada backdoor, nanti password yang baru pun disedut balik.
#amirah
Pakai free produk ‘antivirus’ percuma, atau ‘antimalware’, atau cuba juga ‘downadup removal’ yang terdapat di internet. Cuma google search, dan download perisian tersebut.. Hm.. nanti Dekan listkan.
cam mana nak tukar password
sebenarnya saya hendak mendaftar habbo & myspace.oleh kerana umur saya yang masih kecil lagi,pendaftaran saya tidak diterima.
sebenarnya saya hendak mendaftar myspace,imeem,habbo dan facebook.oleh kerana umur saya yang masih kecil lagi,pendaftarannya tidak diterima. macam mana saya hendak buat nie
cam mana nak tukar kata laluan nie
sis,husna pun nak gak ke tukar password.sama cam maria.
eh,tak de ape pun perubahan nie. bile nak boleh tukar email. tak pahamlah cam mana nak wat .
cam mana nak masuk myspace ngan facebook haa.
tak kan sis husna tak tulis cite ha.sis husna sekolah ke kerja.
#husna
Q:”cam mana nak tukar password”
A:Tukar password daripada akaun Yahoo anda sama ada akaun email dan sebagainya. Jika anda menggunakan email YahooMail Classic, klik bahagian ‘Option -> Account Information’. Kemudian klik Change Password.
#maria
Maria, saya sedikit keliru dengan soalan yang anda tanyakan itu. Mari kita clarify sama2.
Q:”sebenarnya saya hendak mendaftar habbo & myspace.oleh kerana umur saya yang masih kecil lagi,pendaftaran saya tidak diterima.”
A: Jika anda ingin mendaftar juga, daftar dengan meletakkan tarikh lahir palsu seperti yang dibenarkan.
Q:”cam mana nak masuk myspace ngan facebook haa.”
A:Masuk facebook ngan myspace setelah mendaftar.
Q:”tak kan sis husna tak tulis cite ha.sis husna sekolah ke kerja.”
A:Itu kena tanya sis husna. Lolx
Sekian.
Leave a reply