Archive for April, 2009

Salam semua,

Tiba-tiba tertarik pula pada satu headline di dalam Yahoo news: Wanted: Computer hacker… to help government. Hehe.

United States sekarang sedang mahu memperketatkan sekuritinya dan berikut ialah sedikit intipati yang terdapat dalam artikel tersebut:

– Satu iklan mencari sekuriti professional atau seseorang yang borkebolehan berfikir seperti seorang penggodam telah diletakkan oleh General Dynamics Information Technology bagi pihak Homeland Security Department daripada United State.

– Pemohon, mengikut iklan tersebut, mestilah faham akan tools dan taktik untuk menggodam dan mestilah berkebolehan menganalisa trafik internet dan mengenalpasti kelemahan di dalam sistem persekutuan.


– Setiausaha Pertahanan, Robert Gates, mengatakan Pentagon akan menambah bilangan pakar siber daripada 80 ke 250 orang menjelang 2011.

– David Powner berkata di Kongress pada bulan lepas bahawa US tidak mempunyai pelan pemulihan untuk bencana digital.

– Ketua-ketua industri memberitahu Kongress bahawa penguatkuasaan undang-undang dan beberapa perlindungan lain telah pun luput untuk menghindarkan ancaman daripada penjenayah, terrorist, dan juga negara luar yang tidak ‘friendly’.

– Baru minggu lepas, seorang bekas pegawai rasmi kerajaan mendedahkan pengintip (spies) telah berjaya menggodam grid elektrik US dan meninggalkan program komputer yang akan mengganggu servis tersebut. Pencerobohan tersebut hanya diketahui selepas syarikat elektrik memberi kebenaran kepada kerajaan untuk mengaudit sistem mereka.

Untuk maklumat selanjutnya anda boleh membaca di laman web di atas mahupun di sini. Sesiapa pencari kerja yang berminat? Hehe. Mungkin opsyen untuk bekerja di Malaysia, anda boleh mencuba CyberSekuriti dan juga syarikat sekuriti yang lain. 🙂

Sekian sahaja. 🙂

  • 6 Comments
  • Filed under: Sekuriti
  • Tukar default password TMNET anda

    Selamat petang semua,

    Beberapa minggu lepas, Dekan menghadapi masalah dengan streamyx yang tiba-tiba tidak boleh meng’connect’ atau meng’establish connection’. Ingatkan masalah modem kerana Access Point leh akses, cuma internet sahaja tidak boleh. Maka kami serumah pun tong-tong lah beli modem baru yang berwireless. Dalam RM200 lebih gak la. Rupa-rupanya masih tidak boleh meng’connect’ ke internet. Hm.. Terpaksalah guna kabel. Ops bukan kabel LAN. :p

    Dekan: “Assalamualaikum.. Allop, babeh(TM). Wat per tuh?” (Tu trademark, jangan tiru. Hahaha)

    Cik Broadband: “Waalaikummussalam.. Yup, xde wat per. Wassup?”

    Dekan: Ni nak tanya, kenapa ek xleh masuk tenet. Tolong checkkan akaun guer.. Setahu beta pembayaran ke TM adalah amat lancar. Tiada belok2 mahupun tersekat2 seperti connection ini.

    Cik Broadband: Apa username? Hm.. Oklah. Nanti hamba checkkan dan reset balik. Balik rumah kul brapa ni? Nanti malam karang kalo x boleh lagi mesejlah.

    Dekan: Username ____ (sila isi tempat kosong dengan username anda dan letakkan di bahagian komen, haha). Balik jap lagi. Orait, babeh. Tq very much.

    Cik Broadband: No problemo. Kalo ade ape2 lagi bgtau lah.

    Dekan: Ada. Satu lagi. Kenapa TMnet slalu slow??

    Cik Broadband: Erk.. Itu x siasat lagi. Nanti2lah ek.

    Dekan: Cis.. Wokeh.

    Malam tu akhirnya dapat juga masuk internet dengan akaun Dekan. Alhamdulillah.

    Dekan: Allop babeh. Tq, dah boleh masuk dah. Apa yang tak kena tuh?

    Cik Broadband: Haha.. Xda buat apa pun. Reset connection aje. Ade orang lain pakai kot akaun tuh.

    Dekan: Oh.. haha.. macam itu ka. Betullah kot. Password pun default tmnet123 tuh.

    Cik Broadband: Hah?? Tak ubah ke? Patutla.. Ubah la.. Ish2.. Patutla jadi camtu.

    Dekan: Okeh2. Nak ubahla ni.. Tapi sebelum2 ni ok je kalo pakai multiple akaun. (Opss.. :p) Betul ke sebab yang itu?

    Cik Broadband: Dah-dah jangan pakai dah. Mungkinla sebab itu jugak.

    Dekan: Okeh Thanks anyway. Nak dialertkan kat orang ramai tak? TMnet macam tak menegaskan untuk mengubah password saja.

    Cik Broadband: Haha. Ok jugak. Alertlah kepada orang ramai. Thanks. 🙂

    Jadi, jika anda masih menggunakan default password iaitu tmnet123 untuk TMnet punya akaun Streamyx itu, rajin-rajinkanlah tukar.

    (Ehem2.. sebenarnya gatal gak tangan nak test menggoogle neh.. Pastu check kat tmbil siapa punya akaun, berapa Meg dia beli. Tapi, tak jadilah… Saje je cakap.)

    Streamyx, ‘force’kanla user untuk tukar password. Haha..

  • 15 Comments
  • Filed under: Sekuriti
  • Direktori Kerja/Jawatan Kosong

    Salam,

    Kebelakangan ini banyak kisah tentang mencari kerja yang kedengaran di persekitaran Dekan. Ada juga banyak sahabat-sahabat yang masih mencari kerja, ada juga yang menyertai latihan yang diberikan pihak kerajaan sebagai mengisi masa dan melengkapkan diri tatkala mencari kerja. Antara inisiatif yang mereka lakukan ialah sentiasa mengikuti iklan di surat khabar, majalah dan juga beberapa medium elektronik lain seperti radio, televisyen dan juga internet. Dekan ada juga membuat carian di internet tentang laman web untuk kerja kosong, ataupun jawatan kosong.

    Di bawah ialah senarai laman web tersebut yang mungkin berguna kepada sesetengah pembaca:

    Gold
    0. http://www.gov.my/MYGOV/BI/Misc/JobVacancy – Gov Job Vacancies
    1. http://www.jobstreet.com
    2. http://www.jobsdb.com
    3. http://www.index.com.my/modules/jobs/
    4. www.jobsmalaysia.gov.my/
    5. www.spa.gov.my
    6. http://www.e-recruitment.gov.my/
    7. http://spa.perak.gov.my/
    8. spakedah.gov.my
    9. http://www.jobo3.com/
    10. http://jtkswk.mohr.gov.my/
    11. http://www.moi.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1417&Itemid=280
    12. http://www.mdr.gov.my/9
    13. http://www.spp.gov.my/

    Silver
    1. http://www.jawatankosong.biz/
    2. http://www.jawatankosong.com.my/
    3. http://www.kerjakini.com/
    4. http://www.jawatankosong.com.my/
    5. http://jawatan-kosong.darulmakmur.com
    6. http://malaysiancareer.com/

    Bronze
    1. www.jawatan.info
    2. www.carikerja.com.my

    Others
    1. http://www.khidmatnegara.gov.my/jawatanbaru.htm
    2. http://www.khidmatnegara.gov.my/download/IklanJawatanKosong.pdf
    3. http://www.mqa.gov.my/perjawatan/index.cfm
    4. http://www.perda.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=118&Itemid=1

    Berhati-hati

    Baru-baru ini Dekan mendapat email daripada pihak JobStreet yang memberi amaran kepada pencari kerja beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Kebanyakannya ialah berkenaan pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan terhadap pencari kerja pada masa sekarang. Mereka cuba mengiklankan kerja yang tidak wujud dan mengambil informasi daripada anda sahaja.

    Berikut ialah amaran Jobstreet untuk contoh iklan-iklan tersebut:
    1. Iklan yang memerlukan pembayaran untuk permohonan pekerjaan.
    2. Iklan yang mempromosikan skim jualan piramid dan yang seangkatan dengannya.
    3. Iklan yang palsu dan tidak benar (sama ada nama jawatan, keterangan tentang kerja tersebut, dan juga keterangan syarikat.)
    4. Iklan yang memerlukan pengesahan yang mencurigakan. (seperti butiran yang terlalu peribadi, dan sebagainya.)

    Sekian sahaja, selamat mencari kerja.

    P/S: Sila beritahu jika anda ada info tentang laman web lain. InsyaAllah akan update dari semasa ke semasa.

    Sajer-sajer.. LAlala

    Nilai Blog Saya~


    My blog is worth RM57593.28.

    How much is your blog worth?

    Listed In