27 Feb
Salam semua pembaca,
Sejak dua, tiga hari lepas, Dekan kerap mendapat ‘BUZZ‘ dari rakan-rakan dan mesej yang seterusnya agak pelik. Ia berbunyi begini:
“I have been taking Acai pills now for two months and already lost 34 pounds, it is the same stuff that was on oprah and cnn, Mike and Jen lost so much weight too with no diet or excersise. Get it now, its only five bucks a bottle, we are living proof that it works like magic. Get it over at http://wavepeel.com”
Ini cuma salah satu daripadanya. Ada banyak lagi mesej seumpamanya selalu dipaparkan oleh rakan-rakan yang lain pula. Tapi, Dekan tidak pula mengklik laman web yang dipaparkan kerana mensyaki sesuatu. Mungkinkah mereka ini terkena worm? Worm Yahoo Messenger mungkin. Ataupun akaun Yahoo Messenger mereka sudah dikompromis, atau sudah diketahui orang.

Jika anda mengalami perkara yang sama, apa kata kita bertukar-tukar mesej yang dipaparkan. Mungkin ada di sini yang mempunyai idea tentang apa yang berlaku. Satu lagi nasihat Dekan, jika kelihatan rakan yang dikenali mem’BUZZ‘ dengan cara seperti di atas, dinasihatkan beritahu mereka untuk menukar password dan scan komputer mereka untuk virus.
Marilah sama-sama berkongsi pendapat.
Update: Setelah menjalankan kajian tentang laman web tersebut, kelihatan page-page tersebut adalah sama. Tetapi tiada pula sesuatu yang membahayakan di dalam website tersebut seperti drive-by download dan sebagainya. Dekan tak pasti antivirus boleh kesan atau tidak, yang pasti ia sesuatu yang menarik jika worm tersebut travel melalui Yahoo Messenger.

Analisa binary ke atas laman web pertama.(snippet)

Analisa binary ke atas laman web kedua.(snippet)
Kelihatan kedua-dua laman web tersebut mempunyai kandungan yang sama. Adakah ia salah satu strategi marketing ataupun ia adalah virus Downadup/Conficker yang sedang hangat diperkatakan?
Sajer-sajer.. LAlala
11 Responses for "Yahoo Messenger Worm? Pernah dapat mesej ini?"
hoho… belum ada lagi setakat nih sbb jarang guna YM
masih belum dapat lagi
Saya mendapat byk message mengenai perkara di atas. Banyak juga yg mengirim yg ada dalam list ym saya. Ingatkan benda ini saja-saja dia orang hantar rupa-rupa worm.
Saya dah byk dapat msg mcm tu..dan beberapa org rakan saya punya akaun yahoo telah mengalami masalah ini…harap yang kene tu cepat2 la tukar password utk keselamtan anda….=)
ada lah kawan kita yang pernah click sebelum ni. tapi … kalau guna antivirus macam tak successful aje.
#zariel
Oo.. jarang guna ym selamatlah. hehe..
#TMUkmkd
Xlama lagi dapatlah tu. :p
#Zik & 5ruz
Tu la, banyak pulak.. Isk2
#azwan
Kalo klik xjadi apa2 rasanya. Sbb dalam website tu iklan jak. Hm.. tu yang musykil tu, av x detect lak.
mmg byk dpat msg cmtu… plik gak awek yang xpnah msg tibe2 nk msg..heheh
[...] untuk entri berkenaan worm Yahoo Messenger sebelum ini, yang sebenarnya, kemungkinan besar ia berlaku kerana username dan password akaun tersebut telah [...]
Saya dah agak ini virus. Hari tu pernah scan. Anti-virus detect virus ni sebagai worm backdoor from ym.
#Fatin Pauzi
Ooo.. rupanya terjumpa jugak worm ni ek. Bagus2..
aku asik dapat je..tensen tol..
br on da dpt da..
igt nk crk blk..hehe
BUZZ!!!
nur affini: I have been so skeptical lately on ways to lose weight, but I have to tell you, I found the way finally that works. I lost 23 pounds in the past two weeks with acai berry pills the same ones that were on oprah, they cost me only five dollars over at http://kitenorm.com
Leave a reply