Salam semua,

Sebagai pengguna Yahoo yang tegar pada waktu dahulu, hampir semua storan di Yahoo telah Dekan kerjakan. Biasalah bila budak baru belajar, teringat waktu tahun 2000 dahulu tatkala Dekan pertama kali membuat email. Masa tu di sebuah Cyber Cafe (CC) di Kangar, Perlis. Lepas daftar, hendak Compose email pula tidak tahu. Dengan muka tebal, bertanya abg CC itu, dan sambil tersenyum sinis beliau menerangkannya. :)

Waktu itu, Yahoo Mail cuma menyediakan storan 10 MB sahaja. Bayangkanlah sekarang sudah Tanpa Had, menunjukkan satu keperluan mempunyai email pada masa kini. Tertarik dengan ruang storan di internet (yang mana fail diletakkan online dan boleh diambil bila-bila) pada waktu itu, Dekan menggunakan beberapa kelebihan percuma Yahoo.

Antaranya ialah seperti Yahoo Photos (sekarang di Flickr) = 10MB, Yahoo Geocities (wujud lagi) = 15MB dan juga Yahoo Briefcase = 30MB. Pagi ini Dekan menerima satu email daripada pihak Yahoo yang akan menutup terus Yahoo Briefcase pada 30 March 2009 ini.


Notis penutupan Yahoo Briefcase

Jadi kepada semua pengguna yang menggunakan Yahoo Briefcase (Yahoo Briefcase ini merupakan satu storan di internet sama seperti Yahoo Geocities), backuplah fail-fail anda ke komputer sekarang. Nampaknya Yahoo tidak menyediakan perkhidmatan storan alternatif seperti sebelum ini untuk Flickr. Mungkin juga disebabkan tidak ramai yang mengetahui wujudnya Yahoo Briefcase sekali dengan akaun Yahoo anda ini.

Sekian coretan ku.. :)

Post Yang Berkaitan