Salam semua,

Sebelum ini Dekan pernah mengajar bagaimana cara untuk login menggunakan banyak pengguna (multiple user) untuk meebo. Hal itu adalah kerana ada sesetengah pejabat menghadkan akses untuk install sebarangan perisian. Jadi mereka boleh menggunakan meebo ataupun ebuddy(hm.. yang ni Dekan musykil la privacy policy dia. Simpan username password?) untuk berchatting.

Terima kasih atas panduan dan komen seorang pembaca, jonojojo, yang mengajar bagaimana menggunakan multiple user login untuk Yahoo Messenger pula. Sebelum ini rakan serumah dekan pernah memberitahu, tapi Dekan tidak pula mencubanya.

Ok, berikut adalah caranya:

1. Klik ‘Start’ -> Run..
2. Taip regedit.

3. Kemudian browse untuk folder berikut: HKEY_CURRENT_USER\Software\yahoo\pager\Test

4. Pada ruang sebelah kanan, klik kanan, kemudian pilih New –> DWORD Value.

5. Namakan ia sebagai “plural” (tanpa ” ).

6. Kemudian, klik dua kali pada “plural”, dan setkan data Value kepada “1” (hexa/deci mana2 pun boleh).

7. Klik OK. Jeng3..

8. Sekarang buka Yahoo Messenger anda. Dan.. Klik sekali lagi. Nescaya akan terbukalah dua Yahoo Messenger untuk anda login. Jika tidak menjadi, restart semula komputer anda.

Selamat berchatting dan menyamar. Tapi jangan nakal2 eh.. Baru-baru ini asik mendapat pesanan pelik2 daripada rakan sahaja. Mungkin worm di Yahoo Messenger kot. Berhati-hati 🙂

Post Yang Berkaitan