Assalamualaikum,

Satu perkara yang menjadi masalah kepada kebanyakan orang selepas format ialah sesuatu yang dipanggil ‘driver’. Dekan juga menghadapi masalah yang sama pada mulanya. terpaksa buka internet mencari driver yang sesuai untuk komputer tersebut. Ada juga yang install monitor driver, printer driver, scanner driver, yang memang agak mengambil masa dan sukar dipraktikkan.

Akhirnya satu jalan penyelesaian telah dijumpai. Rakan Dekan mempunyai satu perisian yang dipanggil ‘Driver Genius’ yang boleh digunakan untuk mem’backup’ driver sebelum memformatnya. Dengan menggunakan perisian ini, kerja kami terjimat sebanyak 2-3 jam. 🙂


Screenshot untuk Driver genius tersebut – Klik gambar untuk besarkan.

Install perisian ini dahulu, kemudian backup semua driver (sama ada driver grafik, driver printer, driver monitor, driver scanner, driver audio, driver motherboard dan lain-lain lagi) yang terdapat dalam komputer tersebut ke dalam satu folder di pendrive anda. Kemudian barulah format komputer tersebut. Selepas segalanya selesai, install kembali perisian tersebut, dan ‘load’ kembali driver yang terdapat dalam pendrive.

Walaupun muat turun yang terdapat dalam laman web Driver Genius ini ialah versi percubaan, saya pasti anda boleh membelinya ataupun mendapatkannya di tempat lain. 😛


P/S: Baru-baru ini ada rakan serumah Dekan mengajak menjalankan perniagaan membaiki PC. Biasalah, bila sudah bosan malam-malam, beginilah kami. Ada sahajalah yang mereka-reka idea. Baiki PC lah, E-book lah, Consulting lah. Maklumlah semua dalam rumah ini dalam bidang IT. Cuma domainnya saja lain-lain. 🙂

Nak dijadikan cerita, ada sorang ni letaklah iklan baiki PC. Kemudian adalah pemanggil-pemanggil menelefon. Hehe. rezeki jugak tuh. Antara pengalaman menarik semasa membaiki PC ini ialah kami dapat belajar sesuatu yang berkenaan masalah orang ramai. Mungkin nanti Dekan boleh postkan di sini masalah dan jalan penyelesaiannya. 🙂

Sekian sahaja. Semoga ini membantu kerja-kerja anda yang berkenaan. 🙂

Post Yang Berkaitan