28 Feb
Salam pembaca sekalian,
Tip kali ini adalah daripada seorang client projek baiki komputer kami. Jarang sekali seorang perempuan Dekan lihat amat pandai dalam selok-belok komputer seperti beliau. Impressi pertama Dekan, hampir semua perisian dalam komputer beliau up-to-date, dan kemahiran troubleshoot komputer yang boleh dikatakan level intermediate. Cuma satu kelemahan beliau, ‘takut’ untuk melakukan format.
Ampun kak.
Baiklah. Begini ceritanya. Ketika Dekan terlupa membackup driver, Dekan mestilah terpaksa membuka casing CPU tersebut untuk melihat jenis motherboard. Tatkala Dekan mencapai skru driver untuk membuka, ketawa kecil client sorang ini. “Dik, xyah susah2. Sekarang zaman teknologi lah. Cni, cucuk pendrive akak.”
Keliru dengan apa yang hendak dilakukan client tersebut, Dekan membiarkan sahaja dia sambil melihat telatahnya yang kununnya ingin mengajar Dekan. Sambil tersenyum, beliau mengklik satu software yang dinamakan CPU-Z. Dan yang muncul ialah, jeng3! Sistem komputer tersebut!

Terkesima Dekan melihatnya.. Semua maklumat PC Dekan daripada motherboard, RAM, Memory semuanya terpapar di skrin.

CPU-Z ialah salah satu perisian yang dibangunkan oleh CPUID yang boleh digunakan untuk melihat maklumat hardware untuk sesuatu komputer. Tanpa installasi diperlukan cuma klik 2 kali sahaja untuk ‘run’kan perisian tersebut, perisian tersebut boleh disimpan dalam pendrive untuk kemudahan. Anda boleh mendapatkan meklumat lanjut tentang CPU-Z secara di laman web nya atau cuma klik sini untuk muat turun versi 1.50 secara PERCUMA.
Maka dengan ini Dekan tidak perlu bersusah payah lagi membuka motherboard untuk melihat jenis dan versi. Terima kasih banyak-banyak.
Sajer-sajer.. LAlala
4 Responses for "Guna CPU-Z untuk mengetahui hardware komputer anda"
erk.. ko tak tahu ke dekan… tak pe.. tak semua orang tahu apa yang orang lain tahu
nasib la ko sekarang dah tahu.. kalau ko tak tahu aku lak tolong aja..
#TMUkmkd
Hee.. Sebenarnya da tau da software tu. Cuma x teringat lak. Tapi yang menarik tu power gak akak tuh. Mcm2 lak die tau. :p
Lawa x kakak tu?
hahaha klu aku dh tau pn aku sggup wat xtau
dekan…bagus information untuk cpuz ni, tapi ade kelemahan nya
detection untuk information lain mcm grafik kad, sound kad,modem, network kad tidak boleh diberikan oleh utility cpuz ni, cuma dia boleh bagi detail lebih kepada cpu,mobo,ram saja..
untuk info keseluruhan hardware, dekan boleh guna belarc Advisor, lebih lengkap
Amik kt sini http://www.belarc.com/free_download.html
Apapun nk tanya laaa..yg akak tu lawak tak?? hehehe kalau saya pun jadik mcm si batu tu, buat2 tak tau, suh akak tu ajar..hehehe…teknik mengorat…kui..kuii..kui…
Leave a reply