Salam pembaca sekalian,

Setelah saban hari bekerja dengan sekuriti di internet (walaupun website sendiri tak secure, lolz), baru-baru ini membuatkan Dekan terfikir sebentar tentang sekuriti fizikal atau zahir yang berlaku di sekeliling kita. Baru-baru ini banyak pula kes-kes yang berlaku akibat kecuaian ‘fizikal sekuriti’ antara rakan-rakan Dekan. Mungkin sedikit sebanyak kisah berikut akan membuatkan anda lebih berhati-hati dalam kehidupan harian anda.

Laptop dicuri ketika diletakkan di dalam kereta

Al-kisahnya rakan Dekan dan teman wanitanya pergi ke Giant Kelana Jaya untuk membeli barang pada suatu malam. Laptop mereka berdua (ada dua laptop) diletakkan di dalam kereta. Di bawah, tempat duduk belakang dan agak tersorok. Meninggalkan kereta dalam lingkungan 30 minit, meninggalkan kesan keterkejutan yang amat kerana cermin tempat duduk belakang telah dipecahkan dan laptop mereka telah tiada. Lihat gambar di bawah.

Untuk lebih cerita dan gambar anda boleh rujuk ke website beliau.

Rumah dipecah masuk ketika tidur

Ada seorang rakan Dekan ini duduk di sebuah apartmen mewah di Seksyen 14 Petaling Jaya. Tinggal seorang diri. Suatu malam, beliau sedang tidur, apartmennya dicerobohi. Laptop dan telefon bimbit hilang keesokannya. Tiada kesan sebarang pencerobohan. Tingkap tutup. Pintu kunci. Semua barang tersusun kemas lagi. Pelik bukan. Satu teori. Pencuri tersebut mempunyai kunci masuk ke apartmen tersebut kerana penyewa sebelum ini pernah kehilangan kunci pintu. Oleh itu, pasanglah kunci mangga sebagai langkah keselamatan jika anda menyewa di mana-mana.

Dipukul ketika sedang berjalan seorang diri

Seorang rakan yang lain pula, entah kenapa beliau agak bosan di rumah, keluar berjalan-jalan di sekitar. Mungkin beliau ini tidak tahu bahaya di KL tatkala malam (mungkin juga kerana beliau bukan orang sini) beliau bergerak ke arah KL Sentral. (Oh ya, beliau tinggal di apartmen berdekatan.) Semasa berdiri di Stesen Monorail untuk melintas jalan, tidak semena-mena, beliau dipukul dari belakang. Terkejut, beliau cuba mempertahankan diri. Kemudian sekejap saja datang pula serangan dari arah lain. Rupanya rakan makhluk tersebut. Datang menaiki motor, mereka cuba mengepau beliau. Disebabkan terkejut dicampur dengan takut dan dicampur juga dengan ketidakfahaman bahasa sini, (mungkin penyerang orang Melayu), Alhamdulillah, beliau sempat melarikan diri. Akan tetapi mereka sebelum itu berjaya jugalah memukul beliau dan merampas wallet dan telefonnya. Oleh itu, janganlah merayau di KL tatkala di tengah malam.

Oleh itu, pesanan penaja (Dekan) kali ini, agar anda sentiasa berhati-hati dalam kehidupan seharian. 🙂 Sekian.

P/S: Baru-baru ini Dekan ter’browse’ satu blog yang mempunyai gambar-gambar tentang kehidupan sebenar. Terinsaf juga membacanya.

Post Yang Berkaitan