Salam semua,

Pretty Good Privacy (PGP) ialah satu program komputer yang digunakan untuk privasi cryptografik (cryptography privacy) dan juga pengesahan (authentification). Kegunaannya ialah untuk memastikan kandungan email atau sesuatu maklumat yang anda hantar itu di’encryp’kan dan tidak boleh dibaca oleh orang yang bukan sepatutnya walaupun mereka mendapat maklumat ter’encrypt’ tersebut.

Jika anda melayari website sekuriti, anda akan dapat melihat kebanyakannya memberikan PGP key mereka untuk meninggikan sekuriti komunikasi bagi maklumat sensitif. Antara contoh PGP public key di internet ialah (klik sini).

Cara install PGP untuk windows – GnuPG

1. Muat turun perisian daripada laman web ini : http://www.gpg4win.org/
Atau klik sahaja di sini untuk muat-turun versi 1.1.3 nya.

Install perisian

1. Klik 2 kali pada installer. Klik Next.
2. Klik Next lagi selepas membaca License.
3. Pilih seperti dalam gambar di bawah. Nyahtandakan untuk versi German. Klik Next.

4. Pilih folder dan klik Next untuk teruskan installasi.
5. Klik Next lagi dan seterusnya klik Install.
6. Kemudian selepas Installation Complete, klik Next dan klik Finish.

Cara membuat PGP Key anda sendiri

Antara enkripsi PGP key ialah ia adlaah sistem yang turut sama meng’ikat’ nama dan email anda dengan PGP.

1. Klik 2 kali pada GPA.exe. Satu perisian akan muncul iaitu GNU Privacy Assistant.
2. Klik pada menu ‘Keys’.
3. Klik ‘New Key..’.

4. Letakkan nama anda. Untuk contoh ini, saya menggunakan nama Dekan. Klik Forward.

5. Kemudian masukkan email anda. Dan klik Forward.

6. Kemudian masukkan passphrase ataupun frasa laluan anda (password la tu :p). Klik Forward.

7. Kemudian tandakan ‘Create backup copy’. Dan klik Apply.

8. Tunggu sebentar sehingga key anda telah dijana. Kemudian pilih lokasi backup key anda untuk anda simpan. Kemudian, klik Ok.

Anda baru sahaja menjana ‘kekunci awam’ atau ‘kekunci umum’ (Oh dear, mana satu ni.. :p) anda sendiri. Selepas ini anda boleh menghebahkan kekunci awam anda kepada rakan atau internet untuk transaksi sulit. Anda tidak perlu risau kerana kekunci awam anda tidak boleh digunakan oleh orang untuk meng’crack’. Ia cuma digunakan untuk mendiskrip informasi untuk dihantar.

Kekunci PGP umum (Public PGP Key) anda

Ikuti langkah berikut untuk mendapatkan kekunci awam/umum PGP anda.
1. Klik kanan pada Kekunci anda di’Keyring Editor’.
2. Pilih ‘Export Keys..’
3. Pilih Folder di mana anda mahu PGPkey tersebut. Kemudian, letakkan nama fail (Jangan klik mana-mana fail lain). Kemudian klik OK.

4. Jeng3. Kekunci tersebut telah dieksport ke folder yang Dekan tetapkan.

5. Mari buka fail tersebut.

Key tersebut boleh anda letakkan di internet atau di mana-mana sahaja. Sekian, selamat mencuba. Ada apa yang tidak faham sila tanya ya. 🙂 Topik seterusnya bakal menyentuh tentang penggunaan PGP untuk enkripsi kandungan email.

Post Yang Berkaitan