Salam pembaca semua,

Baru-baru ini Dekan melawat satu pameran kerjaya di Lembah Tengah (Mid Valley) Kuala Lumpur. Dekan pergi bersama rakan-rakan serumah. Selain itu, terdapat juga rakan-rakan UTM yang mencari kerja turut sama hadir di sana. Berjumpa dengan mereka juga salah satu tujuan Dekan ke sana.

Antara yang menarik yang dapat Dekan simpulkan semasa berjalan-jalan di Malaysian Career Training Fair oleh Jobstreet ini ialah terdapat banyak lubang kerja di bahagian IT atau information sistem ini. Bidang IT ini agak meluas, selain Programmer, ada juga Sistem Engineer, Network Engineer, dan lain-lain lagi yang agak payah juga sebutannya (sambil menunjukkan jari ke posisi Exploit Shield Analyst :p ).

Oleh itu, kepada anda yang masih belajar tentang IT, anda tidak perlu risau akan kerjaya. Terdapat banyak cabang yang anda boleh terokai tanpa mengira apa yang anda sedang belajar sekarang. Sebagai contoh, terdapat rakan serumah Dekan yang mengambil jurusan IT Multimedia waktu belajar dahulu, sekarang bekerja sebagai programmer untuk applikasi dot net (.net).

Menyentuh sedikit tentang bidang kerjaya di sini, terdapat banyak juga kerja di sektor perkilangan atau kejuruteraan selain banking, makanan, dan lain-lain lagi. Teringat Dekan sewaktu di UTM dahulu, mengambil kos Computer Engineering atau Kejuruteraan Komputer (dan agak mencabar juga ketika itu kerana ia bukan kos Elektrikal dan kos Sains Komputer yang core), dan kini peluang kerjaya kami terbahagi kepada dua bahagian iaitu Engineering dan IT. Alhamdulillah, rezeki mencurah-curah juga kesudahannya. Sekarang boleh dikatakan separuh daripada rakan sekelas bekerja di sektor kejuruteraan dan separuh lagi bahagian IT. 🙂 Jadi kepada setiap pertanyaan di entri sebelum ini tentang kos ini, jangan risau, peluang anda cerah. 🙂

Tujuan sebenar Dekan ke MidValley bukan untuk mencari kerja baru, tetapi untuk melihat PostGraduate punya booth sambil memikirkan opsyen untuk sambung belajar. Banyak juga universiti tempatan dan luar membuka booth di situ. Antara bidang yang menarik bagi Dekan ialah Information Security, Networking dan juga Engineering Electrik Micro/Computer/Telekomunikasi (pikir-pikir2).

Di sini ialah senarai syarikat yang turut serta untuk Career Fair tersebut. Tiada gambar yang diambil semasa lawatan tersebut maka tidak dapatlah dikongsi di sini. Bagi yang masih mencari kerja, Dekan ucapkan semoga berjaya. Usaha, Doa, dan Tawakkal, insyaAllah diperkenankanNya. 🙂

Post Yang Berkaitan