18 Dec
Salam semua,
Dahulu Dekan pernah menulis tentang bagaimana username dan password friendster anda dicuri. Sekarang perkara yang sama berlambak-lambak (terlalu banyak) berlaku.
Lihat sahaja kotak mesej Dekan, terdapat banyak komen yang meng’arah’kan anda mengklik link tersebut yang akan redirect ke laman web lain. Pada laman web tersebut, sama ada:
1. Anda akan memuat turun sesuatu iaitu virus sama ada setup.exe dan lain-lain,
2. Anda akan diarah melogin ke akaun friendster anda untuk meneruskan pelayaran internet (phishing)
Ini ialah subjek mesej dalam kotak email Dekan:
Semua mesej tersebut datangnya daripada rakan yang Dekan kenali. Tapi agak memusykilkan semua link yang diberi itu menunjukkan sesuatu yang pelik. Andaian yang dapat dibuat ialah akaun mereka telah dicuri. Huhu. Susah juga menangkap pembuat phishing sebegini kerana mereka selalu menyamar dan merahsiakan diri mereka. Mungkin ia menunjukkan betapa pentingnya apa yang dikatakan oleh Mikko berkenaan penubuhan Internetpol (’polis internet’ untuk menangkap orang jahat yang betul-betul).
Antara phishing yang menarik ialah memuat turun virus seperti laman web berikut:


Sekian sahaja, antara perkembangan terbaru tentang perkara ini:
1. MyCERT atau Malaysian Computer Emergency Response telah memaklumkan kepada Dekan akan penutupan laman web sebelum ini selepas 3 hari Dekan melaporkan. Dan nampaknya laman web tersebut mempunyai banyak server dan tidak boleh ditutup seperti yang telah dimaklumkan. (Sila rujuk robtex.com)
2. Mozilla firefox telah mem’block’ laman web tersebut daripada di’view’ pengguna. Oleh itu gunalah Firefox. Percuma lagi.
3. Internet Explorer (IE) masih melayan laman web tersebut. Tiada amaran diberikan. Oleh itu tutup Internet Explorer anda dan beralihkah ke Mozilla. Untuk IE ini pula, beberapa hari lepas terdapat vulnerable dalam IE yang boleh menyebabkan remote code execution (bahasa kampungnya, komputer anda boleh dihack). Oleh itu dinasihatkan anda jangan menggunakan IE selagi belum patch.
4. Cerita yang sama di laman web sekuriti. (Tq my friend for publishing that.
)
Sekian sahaja, berhati-hatilah.
Sajer-sajer.. LAlala
5 Responses for "Lagi-lagi ‘phishing’ di friendster, berhati-hati"
hahhh… memang betul la tekaan aku neh… aku dah agak benda ne virus.. alhamdulillah la aku x download benda tu.. baru je semalam aku terima msg kat friendster… lebih kurang 7 msg yang kawan aku anta.. ekekeke… dia sendiri anta ke sape anta ntah… hux3… gud2 info… i want post this informations to my blog lah… hux3…
kenapa aku tak pernah dapat
lupa nak kata.. aku ambik lagi ek dekan pasal ni..
alamak org punye akaun ada dctu..aduh2..huhu..tp i xanta pon mesej tu..:P
thanks dekan… me ambek info nih tuk hebahkan kat kenkawan…
uhuk3…dah dapat pon dlm msg box..sib baik xbkk…
Leave a reply