Archive for December, 2008

Salam semua,

Steal This Computer Book 4.0. Itulah tajuk buku yang Dekan sempat baca semasa sedang sibuk sekarang. Sedikit sebanyak kandungannya berkisar tentang sekuriti komputer dan ia akan memberi sedikit sebanyak idea tentang apa itu jenayah komputer, cara penipuan berlaku dan sebagainya. Amat bagus untuk orang yang tidak pandai teknikal macam Dekan ini. :p

Mana pergi Dekan? Sibuk ‘melancong’ dalam negeri. Haha. Baiklah. Antara gambar yang menarik untuk dikongsi:

– Banjir di UM (Rakan UM mengatakan tidak pernah melihat banjir sebegini sebelum ini)

– Pagi di Putrajaya – Lepakings di jambatan apa tah kat Putrajaya tu. Ni kali ke dua pergi.

– PC Fair KLCC – Pergh.. Ramai betul ‘rakyat Malaysia’. Plus amoi2 seksi.. :p

– Malam di KLCC – ni kat tengah2 Suria kot (ke bukan)

– Tepat2 bawah KLCC

– Rak buku yang bersepah


– Dalam Komuter – Destinasi ~ Seremban

– Wayang di Terminal 1 Seremban – Tempat di mana saya dan rakan terkejut disangkakan tiket sudah habis kerana tiada orang beratur, tetapi tiket sebenarnya masih ‘hijau’.

– Makan malam di Malee, Kajang. (Sebelah Mee Bandung d’Muar tuh). Makanan sedap boleh tahan. Tom Yam, Kailan Ikan Masin, Ikan Bawal, 4 Nasi, 3 Air (lupa air apa) = RM38.00. (Thank you ‘Miri’ aka Petronasian sebab belanja.) 😛


– And the special is ~ Scoreboard Boling Dekan.


Dan sebagainya.. Baiklah, jangan lupa membaca doa awal dan akhir tahun 1430 Hijrah sebentar lagi. Salam. 🙂

Salam semua,

Dahulu Dekan pernah menulis tentang bagaimana username dan password friendster anda dicuri. Sekarang perkara yang sama berlambak-lambak (terlalu banyak) berlaku.

Lihat sahaja kotak mesej Dekan, terdapat banyak komen yang meng’arah’kan anda mengklik link tersebut yang akan redirect ke laman web lain. Pada laman web tersebut, sama ada:

1. Anda akan memuat turun sesuatu iaitu virus sama ada setup.exe dan lain-lain,
2. Anda akan diarah melogin ke akaun friendster anda untuk meneruskan pelayaran internet (phishing)

Ini ialah subjek mesej dalam kotak email Dekan:

Semua mesej tersebut datangnya daripada rakan yang Dekan kenali. Tapi agak memusykilkan semua link yang diberi itu menunjukkan sesuatu yang pelik. Andaian yang dapat dibuat ialah akaun mereka telah dicuri. Huhu. Susah juga menangkap pembuat phishing sebegini kerana mereka selalu menyamar dan merahsiakan diri mereka. Mungkin ia menunjukkan betapa pentingnya apa yang dikatakan oleh Mikko berkenaan penubuhan Internetpol (‘polis internet’ untuk menangkap orang jahat yang betul-betul).

Antara phishing yang menarik ialah memuat turun virus seperti laman web berikut:


Klik untuk besarkan


Fail virus ini akan dimuat turun, jangan klik untuk terima.

Sekian sahaja, antara perkembangan terbaru tentang perkara ini:

1. MyCERT atau Malaysian Computer Emergency Response telah memaklumkan kepada Dekan akan penutupan laman web sebelum ini selepas 3 hari Dekan melaporkan. Dan nampaknya laman web tersebut mempunyai banyak server dan tidak boleh ditutup seperti yang telah dimaklumkan. (Sila rujuk robtex.com)

2. Mozilla firefox telah mem’block’ laman web tersebut daripada di’view’ pengguna. Oleh itu gunalah Firefox. Percuma lagi. 🙂

3. Internet Explorer (IE) masih melayan laman web tersebut. Tiada amaran diberikan. Oleh itu tutup Internet Explorer anda dan beralihkah ke Mozilla. Untuk IE ini pula, beberapa hari lepas terdapat vulnerable dalam IE yang boleh menyebabkan remote code execution (bahasa kampungnya, komputer anda boleh dihack). Oleh itu dinasihatkan anda jangan menggunakan IE selagi belum patch.

4. Cerita yang sama di laman web sekuriti. (Tq my friend for publishing that. 🙂 )

Sekian sahaja, berhati-hatilah. 🙂

  • 5 Comments
  • Filed under: Sekuriti, Virus
  • Assalamualaikum,

    Kelakar pula apabila Dekan menggunakan khidmat terjemahan Google untuk laman web mywindowsxp ke versi Bahasa Inggeris. Kepada para pembaca semua, jika anda melayari sesuatu laman web yang menggunakan bahasa asing, anda boleh membacanya dalam Inggeris atau Indonesia.

    Mungkin ramai yang sudah tahu tentang perkara ini, sebelum ini Google ada menyediakan khidmat penterjemahan perkataan dalam bahasa yang disokongnya. Selain itu, ia juga turut menyediakan penterjemahan laman web sekaligus. Berikut ialah cara yang boleh dilakukan untuk melihat mywindowsxp dalam versi Inggeris.

    1. Pergi ke laman web Google Translate iaitu: http://translate.google.com.

    2. Masukkan url laman web yang ingin diterjemah. Dalam contoh ini, laman web ini digunakan.

    3. Pilih bahasa untuk diterjemah dan bahasa terjemahan.

    3.1 Jika Dekan memilih untuk ‘Detect Language’ ke ‘English’, ralat ini akan keluar:

    3.2 Oleh itu, Dekan memilih “Indonesian” dan menterjemahkan ke English. Dan Hasilnya ialah seperti berikut:

    Amacam? Boleh tak?

    Anda juga boleh membaca surat khabar Bahasa Cina secara online dengan cara sebegitu. Tak percaya? Cuba baca Nanyang Siang Pau di sini!

    Selain Google, Yahoo juga menyediakan khidmat terjemahan oleh BabelFish.
    Sekian sahaja, selamat membaca. 🙂

    Sajer-sajer.. LAlala

    Nilai Blog Saya~


    My blog is worth RM57593.28.

    How much is your blog worth?

    Listed In