Assalamualaikum,

Baru-baru ini Dekan telah dijemput oleh saudara Sabri untuk menghasilkan sebuah Majalah PC secara online yang akan dinamakan BuletinPC. Sebaris dengan Dekan ialah rakan-rakan seperjuangan iaitu saudara Amanz, saudara AM, saudara Zul, saudara Faisal, saudara Khairul, saudara Bat dan saudara Bearnerd Bondly.

Keluaran pertama Buletin PC bakal diterbitkan pada awal bulan 12 nanti, InsyaAllah. Maka adalah disarankan para pembaca mywindowsxp semua turut memuat turun Buletin online tersebut yang diedarkan secara percuma dalam bentuk PDF.

Tujuan Buletin PC ini ditubuhkan ialah supaya pembaca yang menggunakan Bahasa Melayu (makcik2 dan pakcik2 macam ayah saya ni  ) dapat memanfaatkan ilmu PC pada masa kini. Selain medium blog, cara begini juga penting kerana maklumat yang terkandung di dalamnya adalah berharga dan bermanfaat. Yang menariknya ia diedarkan secara percuma setiap bulan.

Jadi jangan tunggu lagi, daftar nama anda di laman web rasmi Buletin PC dan pihak Buletin PC akan memaklumkan anda setiap kali bulletin akan dikeluarkan untuk dimuat-turun. Jika anda tidak mahu menyertakan email anda sekarang tidak mengapa, anda masih juga boleh memuat turun setiap kali buletin keluar di laman web tersebut.

Sekian sahaja, Wassalam. 🙂

Post Yang Berkaitan