30 Oct
Assalamualaikum pembaca semua,
Antara slot menarik yang dibicarakan di Persidangan Hack in The Box pada pagi tadi ialah tentang cetak rompak oleh krew The Pirate Bay sendiri.

Capture The Flag Competition. Lupa nak tengok result sapa menang tadi
Berbalik kepada tajuk di atas, semasa makan tengah hari, Dekan disapa oleh seorang mamat omputih dari US America. Ntah apa2 broken English la Dekan kasik semasa bersembang dengan beliau. :p Perbualan kami berkisar tentang cetak rompak di US dan Malaysia.
Dekan: Jadi, apa pendapat anda tentang kegiatan cetak rompak di US? Senang atau susah mendapatkan bahan cetak rompak di US?
Anthony: Well, actually we can put it like this. If one original song is only cost at USD0.99, rather than buy the pirated one, I wouldn’t mind giving away USD0.99 for a music that has good and quality sound.
Dekan: Haha. Macam tu rupanya. Di Malaysia sini banyak ada jual cetak rompak. Ia agak murah. Satu CD mp3 cuma berapa ringgit sahaja anda boleh mendapat banyak lagu di dalamnya. Tidak terasa mahu membeli satukah? (Umpan Dekan.)
Anthony: Nah, I passed. I wouldn’t crash my computer from the pirate’s ’scratchy’ sound. :p
Dekan: Hey, how about file sharing? Don’t you like free stuffs?
Anthony: You mean p2p stuffs? Still, I do think its better for me to buy the song rather than doing ‘downloading’ from the underground.
Setelah 15 minit bersembang, dapat konklusikan bahawa ianya berkemungkinan adalah mindset masyarakat setempat dan juga harga yang ditawarkan untuk lagu tersebut. Kami mengkonklusikan, jika harga satu lagu di Malaysia dijual pada harga RM0.99, tidak mustahil cetak rompak dapat dikurangkan.
Sekian sahaja. Jika anda teringin membeli lagu-lagu Malaysia secara online, anda boleh berbuat demikian di GuaMuzik. Rasanya RM3-4 untuk satu lagu.
Sajer-sajer.. LAlala
3 Responses for "RM0.99 untuk sebuah lagu atasi cetak rompak"
pasaran US luas leh la mamat saleh tu cakap macam tu. macam pilem gak lah. dapat 3-4 juta dah kira abih otai dah. lagu kat Malaysia klau jual 0.99 kebulur la artis tu… heheh
* penah Eddie Hamid bandingkan jualan album dia dgn michael jackson dalam temubual kat Melodi beberapa tahun dulu. Konon cakap dia ada 3-4 album bertaraf platinum. CES! 40k jual album dh dapat platinum leh la…haha
ps: sori aku buat ‘entry’ lak kat sini
#zariel
Haha xpe. Perkembangan minda. Percambahan idea. Menarik gak.
hehehe… tak mau nak kate sape la… ni kesah diri sendiri.
Aku selalu gak bertanya, Why must paid, just because
we can get it free???
So terpulang pada individu la… ekekeke
Kreuger®
Leave a reply