Salam,

Huhu. Untuk mengoptimizekan pendapatan melalui blog, jangan tanya saya. (Sebab saya memang tak pandai.) Baru-baru ini saya menerima report daripada Google Adsense tentang cara untuk mengoptimizekan pendapatan melalui Google Adsense. Teruk betul kan? sapa-sapa pandai boleh tolong ajar saya. 🙂

Well, ada kawan saya sorang ni dah kayer dengan adsense. Awal tahun dahulu beliau menyatakan secara lisan purata pendapatannya ialah USD5 sehari. Fuiyo. Itu beberapa bulan lepas. Huhu. Menjadi idamanku selepas mengapply adsense ini dan di’approve’ dalam masa 10 minit.

Terdapat beberapa servis iklan yang biasa digunakan oleh blogger Malaysia untuk menjana pendapatan iaitu Google Adsense, Nuffnang dan Advertlets.

Google Adsense boleh diapply jika website anda dalam Bahasa yang disokong olehnya. Saya juga pernah berkongsi tip untuk menukar Adsense Bahasa Indonesia ke Inggeris.

Nuffnang saya pernah apply, tetapi kurang menggunakannya. Jarang juga kedengaran berita tentang Nuffnang ini sama ada baik atau buruk. Ada kawan saya yang selalu mengesyorkan saya mencuba nuffnang. Mungkin saya patut meletakkannya semula.

Advertlets ialah salah satu pengikalan terkenal di Malaysia. Malangnya ia mempunyai isu kritikal iaitu tidak membayar wang yang telah diperoleh oleh para blogger. Anda boleh mengikuti cerita rakan saya ini. Iklan advertlets di website ini sekadar menyedapkan mata memandang kerana iklan tersebut berkelip2 dengan lawa, bukan untuk duit Josh Lim yang agak kedekut itu.

Sekian sahaja laporan daripada saya. Sekarang aim mungkin untuk bisnes lain selain duit yang difunded oleh kerajaan Malaysia ini. 🙂 Anyone got interesting business? Flexi-time after work maybe? :p

Post Yang Berkaitan