Salam pembaca semua,

Minggu lepas, ada seorang Hamba Allah bertanya kepada Dekan bagaimana untuk membuatkan attribute sesuatu folder itu tidak hidden. Kebanyakan folder sistem dan juga folder yang mengandungi virus akan meletakkan attribute sebagai sistem folder supaya mangsa tidak berjaya mengesan jika tidak menyahtanda “Hide protected operating system files.” di Folder Option komputer.

Beliau cuba memberi cabaran dengan memberi satu folder di sini, yang menunjukkan attribute untuk unhide dikunci.


Properties bagi folder tersebut

Ok, berikut ialah cara Dekan meng’unhide’kan folder tersebut:

1. Klik Start -> Run.. dan taip “cmd” untuk membuka command prompt.
2. Kemudian tukar ke path di mana folder tersebut di sembunyikan. Dalam contoh ini, Dekan tukar ke path C:\

“cd C:\”

3. Kemudian, taipkan berikut untuk mengubah attribut:

“attrib -s -h -r DekanHidden”


Gantikan DekanFolder dengan nama folder/fail anda.

4. Lihat semula di Windows Explorer, anda dapat lihat Folder anda tidak disembunyikan kembali..

Remark:
-s = unset system attribute
-h = unset hidden attribute
-r = unset read-only attribute

Lihat kembali properties dan anda dapat kembali:

Sekian, selamat mencuba.

Post Yang Berkaitan