Archive for October, 2008

Assalamualaikum pembaca semua,

Antara slot menarik yang dibicarakan di Persidangan Hack in The Box pada pagi tadi ialah tentang cetak rompak oleh krew The Pirate Bay sendiri.


Capture The Flag Competition. Lupa nak tengok result sapa menang tadi

Berbalik kepada tajuk di atas, semasa makan tengah hari, Dekan disapa oleh seorang mamat omputih dari US America. Ntah apa2 broken English la Dekan kasik semasa bersembang dengan beliau. :p Perbualan kami berkisar tentang cetak rompak di US dan Malaysia.

Dekan: Jadi, apa pendapat anda tentang kegiatan cetak rompak di US? Senang atau susah mendapatkan bahan cetak rompak di US?

Anthony: Well, actually we can put it like this. If one original song is only cost at USD0.99, rather than buy the pirated one, I wouldn’t mind giving away USD0.99 for a music that has good and quality sound.

Dekan: Haha. Macam tu rupanya. Di Malaysia sini banyak ada jual cetak rompak. Ia agak murah. Satu CD mp3 cuma berapa ringgit sahaja anda boleh mendapat banyak lagu di dalamnya. Tidak terasa mahu membeli satukah? (Umpan Dekan.)

Anthony:
Nah, I passed. I wouldn’t crash my computer from the pirate’s ‘scratchy’ sound. :p

Dekan:
Hey, how about file sharing? Don’t you like free stuffs?

Anthony: You mean p2p stuffs? Still, I do think its better for me to buy the song rather than doing ‘downloading’ from the underground.

Setelah 15 minit bersembang, dapat konklusikan bahawa ianya berkemungkinan adalah mindset masyarakat setempat dan juga harga yang ditawarkan untuk lagu tersebut. Kami mengkonklusikan, jika harga satu lagu di Malaysia dijual pada harga RM0.99, tidak mustahil cetak rompak dapat dikurangkan. 🙂

Sekian sahaja. Jika anda teringin membeli lagu-lagu Malaysia secara online, anda boleh berbuat demikian di GuaMuzik. Rasanya RM3-4 untuk satu lagu.

  • 3 Comments
  • Filed under: Zon Maklumat
  • Salam pembaca semua,

    Minggu lepas, ada seorang Hamba Allah bertanya kepada Dekan bagaimana untuk membuatkan attribute sesuatu folder itu tidak hidden. Kebanyakan folder sistem dan juga folder yang mengandungi virus akan meletakkan attribute sebagai sistem folder supaya mangsa tidak berjaya mengesan jika tidak menyahtanda “Hide protected operating system files.” di Folder Option komputer.

    Beliau cuba memberi cabaran dengan memberi satu folder di sini, yang menunjukkan attribute untuk unhide dikunci.


    Properties bagi folder tersebut

    Ok, berikut ialah cara Dekan meng’unhide’kan folder tersebut:

    1. Klik Start -> Run.. dan taip “cmd” untuk membuka command prompt.
    2. Kemudian tukar ke path di mana folder tersebut di sembunyikan. Dalam contoh ini, Dekan tukar ke path C:\

    “cd C:\”

    3. Kemudian, taipkan berikut untuk mengubah attribut:

    “attrib -s -h -r DekanHidden”


    Gantikan DekanFolder dengan nama folder/fail anda.

    4. Lihat semula di Windows Explorer, anda dapat lihat Folder anda tidak disembunyikan kembali..

    Remark:
    -s = unset system attribute
    -h = unset hidden attribute
    -r = unset read-only attribute

    Lihat kembali properties dan anda dapat kembali:

    Sekian, selamat mencuba.

  • 3 Comments
  • Filed under: Windows XP
  • Just a quick update

    Salam semua,

    Quick update:

    Tiket bas percuma untuk perjalanan sehala masih dibuka.


    Imej diambil daripada http://deaf-angel.blogspot.com/

    Setakat ini beberapa orang memberi respon, akan tetapi masih terdapat tiket untuk anda. Sila rujuk entri tersebut.


    Prove of concept untuk Security Bulletin MS08-067 sudah keluar.

    Rujuk di sini untuk update tersebut yang bertarikh 23 October 2008.


    Jawapan bagi soalan-soalan:

    Semenjak dua menjak ini Dekan kerap menerima soalan yang agak menarik daripada para pembaca melalui email. Terima kasih atas soalan tersebut. Nanti Dekan akan usaha menjawabnya dalam minggu ini dan minggu depan. 🙂

    Sekian, terima kasih.

  • 0 Comments
  • Filed under: Sekuriti
  • Sajer-sajer.. LAlala

    Nilai Blog Saya~


    My blog is worth RM57593.28.

    How much is your blog worth?

    Listed In