Salam semua pembaca budiman sekalian,

Pernahkah anda bermain permainan komputer semasa dalam pejabat? Hehe.. Mungkin ada yang pernah, ada yang tidak. Jika anda seorang kaki gamers mungkin pelbagai cara telah anda cuba untuk bermain di ofis anda tanpa diketahui bos. 🙂

Satu trik untuk anda bermain game seperti Warcraft DotA yang besar dan full screen ialah dengan bermain dalam mode window. (Wah, jahatnye aku ajar bende2 ni..) Lolz.. Rilek la bos, just for fun. Ini ialah contoh skrin yang anda dapat lihat nanti:


Permainan Warcraft DotA dalam mode window

Hehe. Jadi anda boleh bermain dengan tenang dan khusyuk dengan rakan-rakan network anda serta boleh menyembunyikannya pada bila-bila masa dengan mengklik ikon minimize di window tersebut. Menarik bukan? :p Caranya mudah sahaja, ikuti langkah berikut:

1. Buat satu shortcut pada desktop atau di mana-mana folder dalam komputer anda. (jika anda belum mempunyai shortcut.)

2. Klik kanan pada ikon shortcut tersebut, dan pilih Properties.


Konfigurasi pada Shortcut Properties

3. Kemudian seperti gambar di atas, anda perlu menambah satu command iaitu -windows pada ruangan Target selepas path ke game anda. (Lihat contoh dalam kotak merah).

4. Klik Ok. Dan double-klik shotcut tersebut untuk memulakan permainan.

Nasihat Dekan: Buatlah kerja dan bersungguh-sungguh dan ketika penat itulah baru anda memulakan release stress ini. Hehe..

Sekian, selamat mencuba. Ada sapa-sapa yang men DotA jugak? Dekan reti pakai dua orang jak. Rhasta ngan Lion. Hehe.. Favourite character. 🙂

Post Yang Berkaitan