Salam semua,

Setelah sekian lama tidak meng’kontek’ rakan-rakan seperjuangan dahulu, teringat pula mereka semua tatkala raya bakal menjelang. Kalau dahulu duduk Universiti (UTM) selalu saja ada aktiviti konvoi kunjung-mengunjungi rumah rakan yang terdekat di Johor. Merasa la jugak masakan Johor dengan Bugis dan lain-lain lagi.

Eh, melalut pulak. Hehe. Kemudian untuk me’nyatu’kan kembali rakan-rakan yang hilang, Dekan telah membuat satu yahoogroup untuk kos Kejuruteraan Komputer batch Dekan ini. Banyak juga kelebihan yang Dekan fikirkan dengan adanya yahoogroup ini (selain website batch sendiri la).


Contoh YahooGroups – Klik untuk besarkan

Antara kelebihan yang difikirkan untuk YahooGroups ini ialah:

1. Mudah dibina – Tanpa perlu membayar apa-apa, tanpa perlu website, tanpa perlu kemahiran tertentu (cuma kemahiran mengklik), anda sudah boleh membuat group anda di sini.

2. Tidak perlu maintenance tinggi – Mailing group tersebut tidak perlukan seorang yang akan menjaganya sepanjang masa. Sebarang email akan turut dihantar kepada owner atau moderator, jadi sebarang spam atau email yang tidak berkenaan boleh diblock dengan beberapa ketika sahaja selain ia memastikan anda semua ‘keep-in-touch’.

3. Maklumat segera disampaikan – Antara email dan website, yang manakah anda akan kerap membukanya? Semestinya email bukan. Jadi mailing list ini adalah memudahkan penyampaian maklumat sesama ahli dengan segera. Jika anda membuat website, pasti pengunjung mempunyai kadar tertentu untuk melawatnya dalam sehari atau seminggu.

4. Tidak perlu email pengesahan – YahooGroups mempunyai feature untuk terus menambah ahli tanpa perlu pengesahan. (Ini adalah berguna untuk menarik ahli yang tidak reti-reti mendaftar setelah berkali-kali diminta berbuat demikian.) Anda boleh menambah 100 email sehari untuk YahooGroup anda. Walau bagaimanapun, kelebihan ini hendaklah tidak disalahgunakan kerana sebarang laporan tentang penyalahgunaan servis ke pihak Yahoo, akan menyebabkan group anda ditutup serta merta.

5. Website ringkas anda – YahooGroup juga boleh menjadi website ringkas anda. Pada laman web yahoogroup anda, terdapat ‘frontpage’, tab ‘Files’, tab ‘Photo’, tab ‘Database’, tab ‘Polls’ dan tab ‘members’ yang boleh anda gunakan seoptimumnya.

Sekian, sempena Hari Raya bakal menjelma ini, semoga anda boleh juga menkontek rakan lama dengan cara ini. 🙂

Post Yang Berkaitan