Assalamualaikum,

Baru-baru ini Dekan telah memeriksa email Dekan pada bahagian spam. Satu spam menarik yang Dekan terima adalah daripada satu nama yang boleh dipercayai oleh orang yang tidak berhati-hati. Nama penghantar email tersebut diletakkan admin @ microsoft.com.

Di sini ialah salinan asal screenshot email tersebut.

Berikut ialah gambar yang Dekan sertakan untuk penjelasan phishing tersebut.


Penjelasan phishing – Klik untuk besarkan.

1. Setelah musykil dengan email tersebut, Dekan klik ‘Show Detail’ pada sender email tersebut. Lebih mengejutkan ianya datang daripada email Dekan sendiri. Dekan menafikan ia dibuat oleh Dekan kerana apabila Dekan menyemak semula folder ‘Sent’ item, tiada ‘Subject’ tersebut dihantar dari email ini. Oleh itu, Dekan berpendapat si ‘penjenahat’ telah mengcraftkan email tersebut menunjukkan daripada Dekan.

2. Nama sender tersebut diletakkan sebagai admin @ microsoft.com. Ia bertujuan menipu orang yang lalai dan mempercayai sumber tersebut.

3. Ini adalah yang paling penting dalam email ini. Tujuan utama email ini ialah supaya Dekan mengklik link tersebut dan secara tidak langsung Dekan akan memuat turun sesuatu yang mencurigakan. Dekan pasti ia bukan sesuatu yang baik. Ia mungkin virus, trojam atau worm yang akan merosakkan komputer atau mencuri data.

4. Kelihatan kandungan email tersebut logik dan amat meyakinkan daripada MSN. Ini akan menambahkan lagi kepercayaan untuk mengklik link tersebut.

Berhati-hati sebelum mengklik sesuatu link. Sama ada anda seorang web professional, seorang guru IT, seorang bos di syarikat, seorang pekerja biasa mahupun seorang yang mempunyai kesedaran IT yang tinggi mungkin kadangkala terlepas pandang perkara tersebut. It just a human sense to just click something look interesting eventhough when you are at high security-conscious level.

Sekian sahaja, jika anda mempunyai pengalaman phishing bolehlah berkongsi dengan Dekan. 🙂

Post Yang Berkaitan