17 Sep
Assalamualaikum pembaca sekalian,
Sudah lama tidak bermain permainan windows, Dekan pun memulakan Freecell yang menjadi kegemaranku selama ini. Asik kalah saja sebab sudah lama tidak bermain, Dekan pun membuka kitab Cheatbook untuk melihat panduan menang (faham-fahamlah). Hehe.
Ok, berikut ialah cheat yang anda boleh lakukan untuk memenangi permainan windows.

Freecell
——-
1. Tekan kekunci [Shift] + [Ctrl] + [F10] secara serentak semasa permainan.
2. Kemudian klik [Abort].
MSHeart
——-
1. Buka regedit, dan pergi ke folder berikut: [HKEY_CURRENT_USER\SOftware\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Applets\Hearts].
2. Kemudian, tambah String Value baru bernama ZB.
3. Letakkan nilai Value data kepada 42.
4. Klik OK.
5. Sekarang semasa memulakan permainan baru, anda boleh menekan kekunci [CTRL + ALT + SHIFT + F12] untuk melihat kad dari orang lain.
Minesweeper
————
1. Tukar background wallpaper anda kepada warna hitam.
2. Mulakan permainan.
3. Kemudian taip huruf berikut X Y Z Z Y satu per satu.
4. Kemudian tekan SHift (kiri) pada keyboard anda.
5. Halakan kursor pada petak-petak solitaire.
6. Jika terdapat tanda kecil berwarna putih pada skrin monitor bahagian bucu atas-kiri, maknanya tiada bom. Jika tiada tanda, maknanya terdapat bom. Senang bukan?
Solitaire
——-
1. Gunakan mode Draw Three semasa memulakan permainan.
2. Semasa permainan, hold kekunci [CTRL + Shift + Alt] dan klik pada kad tersebut.
3. Secara automatik ia akan Draw One dan bukan Draw Three.
OK. Selamat mencuba.
Sajer-sajer.. LAlala
3 Responses for "Cheatcode untuk game windows"
main tipu wei…mana aci..
pinball dalam windows xp lak ….
taip bmax apa bila splash full screen masa permainan nak bermula untuk mendapatkan bola tanpa had.
solitare je yg leh utk seven
hehe.. tak syok la kalau game casual camni main cheat
mengasah minda kot game2 dia
Leave a reply