20 Sep
Assalamualaikum,
Kepada semua pembaca blog mywindowsxp, Dekan ada satu tawaran menarik. Atas kesetiaan anda semua, Dekan akan memberi 3 tiket kepada anda. Tetapi bukan tiket wayang. Ia adalah tiket bas. Agak pelik bukan? Tetapi percayalah.

Baru-baru ini Dekan cuma mendapat 3 tiket bas percuma. Ianya berkaitan dengan entri Dekan tentang pembelian tiket online yang lepas. Siapa-cepat-dia-dapat basis ya. Ok, cuma jawab 3 soalan Dekan, dan Dekan akan menghantar tiket tersebut kepada anda.
Soalannya berbunyi begini:
1. Tempat menarik dalam Malaysia yang manakah yang ingin anda lawat?
2. Apakah juadah berbuka puasa anda tadi?
3. Apakah blog anda? Jika tiada, blog apakah yang paling anda selalu kunjungi selain mywindowsxp? (Cheewah.. bajet mywindowsxp popular.)
Jawab soalan di atas, dan Dekan akan email untuk bertanya lokasi pilihan anda. Cuma satu tiket sehala untuk satu orang sahaja, Ok. Siapa cepat, dia dapat. (Untuk tiket raya, mungkin sudah habis, tetapi jika boleh, pilih selain raya.)
Penjelasan:
Tawaran adalah terhad. Kesnya begini, baru-baru ini terdapat sekuriti vulnerability pada laman web Konsortium, tetapi salah seorang pembaca telah email Dekan tentang perkara tersebut. Dekan pun inform pihak Konsortium, dan sebagai tanda terima kasih, mereka telah memberi 3 tiket percuma kepada Dekan. Dan Dekan membukanya sekarang kepada pembaca semua.
Sekian, terima kasih.
Sajer-sajer.. LAlala
8 Responses for "3 tiket bas percuma untuk pembaca mywindowsxp!"
Tempat menarik dalam Malaysia yang manakah yang ingin anda lawat?
sabah,tambunan
Apakah juadah berbuka puasa anda tadi?
ayam masak pedas
Apakah blog anda? Jika tiada, blog apakah yang paling anda selalu kunjungi selain mywindowsxp? (Cheewah.. bajet mywindowsxp popular.)
sembangkomputer.com
Tempat menarik dalam Malaysia yang manakah yang ingin anda lawat?
Batu pahat, johor. balaik kampung.kampung la tempat plg menarik =)
Apakah juadah berbuka puasa anda tadi?
semalam ayam masak kari. hari ni ayam masak pedas
Apakah blog anda? Jika tiada, blog apakah yang paling anda selalu kunjungi selain mywindowsxp? (Cheewah.. bajet mywindowsxp popular.)
nazarios.blogspot.com
selamat tinggal kalau tak masuk ke dlm hatiku…
selamat tinggal kalau tak masuk ke dlm hatiku….
selamat tinggal kalau tak masuk ke dlm hatiku..
[...] hohoho sori kalo readability kurang.. hohoho majoriti semuanya tak sabar nak balik raya… topo plak?? hoho aku tiap-tiap hari balik raya… kepada yang nak balik raya tu.. berhati-hati la ye.. dah periksa kenderaan korang ke belum?? dah beli tiket raya?? hoho ke nak tiket percuma??? [...]
[...] ini beberapa orang memberi respon, akan tetapi masih terdapat tiket untuk anda. Sila rujuk entri [...]
Leave a reply