Archive for September, 2008

Maaf Zahir dan Batin..

Salam pembaca sekalian,

Pagi tadi Dekan mancari lagu raya untuk di muat turun tetapi agak malas pula kerana terlalu banyak. Maka Dengan mendengar secara online dari sebuah website di Koleksi Lagu Raya – Shuz. Kalau ada laman seumpamanya, sila beritahu ya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca yang budiman sekalian.

0 – 0 ek. Ampun dan maaf kepada semua jika ada tersalah dan terkasar, jika ada salah faham, jika ada persoalan yang belum terjawab, jika ada yang belum di’link’kan. Hehe. Terima kasih atas kad-kad raya daripada para bloggers yang turut memblog kad raya untuk Dekan kali ini. 🙂

Sekian sahaja, doakan perjalanan hamba selamat ke rumah. Dekan akan drive dari KL ke Ipoh tengah malam nanti.

Assalamualaikum… 🙂

  • 5 Comments
  • Filed under: Peristiwa
  • Assalamualaikum,

    Google ialah enjin pencari yang termasyur pada abad ini. Ia boleh men’crawl’ sebarang website dalam masa beberapa ketika sahaja dan mengindeksnya. Lihat contoh index untuk mywindowsxp di Google Search.

    Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cara untuk anda keluarkan laman web anda daripada senarai index Google ini. Kadangkala terdapatnya maklumat sensitif, dan juga kandungan yang tidak enak dipaparkan, mahupun laman web tersebut untuk kegunaan personal sahaja.

    Berikut ialah link untuk anda baca dan lakukan jika anda mahu lakukan perkara di atas:

    1. Preventing content from appearing in Google search results
    2. Removing my own content from Google’s index

    Selain itu, Google juga membenarkan anda memasukkan semula kandungan website yang telah dikeluarkan. Caranya mudah sahaja dengan Sign In dengan Google Webmaster Tools.

    Anda juga boleh menutup sebarang website dengan beberapa langkah yang diberitahu oleh Google, selain membuat permohonan untuk menutup website tersebut (submit a removal request.)

    Sekian sahaja, semoga mendapat manfaatnya. 🙂

    Salam semua,

    Setelah sekian lama tidak meng’kontek’ rakan-rakan seperjuangan dahulu, teringat pula mereka semua tatkala raya bakal menjelang. Kalau dahulu duduk Universiti (UTM) selalu saja ada aktiviti konvoi kunjung-mengunjungi rumah rakan yang terdekat di Johor. Merasa la jugak masakan Johor dengan Bugis dan lain-lain lagi.

    Eh, melalut pulak. Hehe. Kemudian untuk me’nyatu’kan kembali rakan-rakan yang hilang, Dekan telah membuat satu yahoogroup untuk kos Kejuruteraan Komputer batch Dekan ini. Banyak juga kelebihan yang Dekan fikirkan dengan adanya yahoogroup ini (selain website batch sendiri la).


    Contoh YahooGroups – Klik untuk besarkan

    Antara kelebihan yang difikirkan untuk YahooGroups ini ialah:

    1. Mudah dibina – Tanpa perlu membayar apa-apa, tanpa perlu website, tanpa perlu kemahiran tertentu (cuma kemahiran mengklik), anda sudah boleh membuat group anda di sini.

    2. Tidak perlu maintenance tinggi – Mailing group tersebut tidak perlukan seorang yang akan menjaganya sepanjang masa. Sebarang email akan turut dihantar kepada owner atau moderator, jadi sebarang spam atau email yang tidak berkenaan boleh diblock dengan beberapa ketika sahaja selain ia memastikan anda semua ‘keep-in-touch’.

    3. Maklumat segera disampaikan – Antara email dan website, yang manakah anda akan kerap membukanya? Semestinya email bukan. Jadi mailing list ini adalah memudahkan penyampaian maklumat sesama ahli dengan segera. Jika anda membuat website, pasti pengunjung mempunyai kadar tertentu untuk melawatnya dalam sehari atau seminggu.

    4. Tidak perlu email pengesahan – YahooGroups mempunyai feature untuk terus menambah ahli tanpa perlu pengesahan. (Ini adalah berguna untuk menarik ahli yang tidak reti-reti mendaftar setelah berkali-kali diminta berbuat demikian.) Anda boleh menambah 100 email sehari untuk YahooGroup anda. Walau bagaimanapun, kelebihan ini hendaklah tidak disalahgunakan kerana sebarang laporan tentang penyalahgunaan servis ke pihak Yahoo, akan menyebabkan group anda ditutup serta merta.

    5. Website ringkas anda – YahooGroup juga boleh menjadi website ringkas anda. Pada laman web yahoogroup anda, terdapat ‘frontpage’, tab ‘Files’, tab ‘Photo’, tab ‘Database’, tab ‘Polls’ dan tab ‘members’ yang boleh anda gunakan seoptimumnya.

    Sekian, sempena Hari Raya bakal menjelma ini, semoga anda boleh juga menkontek rakan lama dengan cara ini. 🙂

    Sajer-sajer.. LAlala

    Nilai Blog Saya~


    My blog is worth RM57593.28.

    How much is your blog worth?

    Listed In