Assalamualaikum pembaca semua,

Teknologi Tanpa Wayar atau Wireless boleh didapati di mana-mana sahaja di Malaysia ini. Sama ada di pejabat, di cafe-cafe, di ruang legar bangunan shopping complex, dan juga di persekitaran rumah. Tahukah anda tentang enkripsi WEP dan WPA untuk poin akses?

Mungkin ada di antara anda pernah menggunakan laptop di tempat awam. Walau bagaimanapun terdapat signal wireless di ‘access point’ (AP) yang tidak membenarkan anda memasuki network atau menggunakan internet daripadanya. Inilah yang dinamakan enkripsi data, sama ada tempat tersebut menggunakan wired equivalent privacy (WEP) mahupun wifi protected access (WPA), kedua-duanya akan melindungi akses poin tersebut diakses daripada orang yang tidak dikehendaki.

Yang atas tu guna WPA, yang bawah die tu guna WEP

Jadi yang mana lebih baik? Semestinya WPA lebih baik daripada WEP. Kerana apa Dekan? Kerana enkripsi daripada WEP cuma menggunakan 64 ke 128 bit sahaja manakala WPA menggunakan sehingga 128 ke 256 bit enkripsi. Masa untuk memecahkan kombinasi WEP adalah lebih rendah daripada masa untuk memecahkan kekunci WPA. 🙂

Oleh itu, jika anda tidak mahu jiran anda menggunakan internet wireless anda secara percuma, letakkanlah password di akses point anda. Konfigurasinya terdapat di browser anda bergantung kepada address yang anda assign di modem. Cuma perlu taip alamat gateway dan masukkan nama dan password rahsia anda untuk konfigurasikan AP anda.

Ingat. Keselamatan adalah penting. Walau bagaimanapun, jika anda baik hati hendak berkongsi dengan jiran apa salahnya. 🙂 Tapi dinasihatkan beritahu password kepada jiran dan tetap letakkan enkripsi kepada wireless tersebut. Anda tentu tidak mahu ‘jiran’ gelap anda yang lain mengganggu trafik anda pula.

Okies, harap anda semua jelas tentang keselamatan digital anda. 🙂

P/S: Mungkin sesuatu di sini akan lebih menjelaskan kenapa anda perlu meletakkan enkripsi WPA berbanding WEP. :p

Post Yang Berkaitan