Assalamualaikum,

Terima kasih kepada Amir, rakan serumah ku, untuk entri kali ini. Tahukah anda terdapat satu cara yang mudah untuk menyembunyikan folder yang anda kongsi daripada dilihat oleh orang di dalam network anda?

Katakan begini: Saya ingin berkongsi drive DVD Rom saya dengan rakan sebelah bilik. Pada masa yang sama, saya tidak mahu orang lain dalam network yang sama tahu tentang folder/drive yang dikongsi tadi. Berikut ialah cara untuk menyembunyikan folder tersebut:

Langkah 1: My Computer -> Tandakan drive atau folder, klik kanan -> Klik “Sharing and Security…”

Langkah 2: Pergi ke tab “Sharing”. Klik pada arahan “If you understand the risk but still want to share the root of the drive, click here.

Langkah 3: Kemudian Tab tersebut akan berubah.

Langkah 4: Tandakan pada kotak “Share this folder on the network” di bahagian Network Sharing and Security.

Langkah 2 dan Langkah 3 hanya jika anda berkongsi drive. Jika folder, teruskan ke Langkah 4

Langkah 5: Kemudian letakkan nama folder. Jika anda cuma meletakkan nama folder seperti “cddekan”, ia akan visible di network. Inilah rahsianya: Anda cuma perlu menambah karakter “$” pada hujung nama folder anda tersebut, InsyaAllah rakan di network tidak akan nampak folder tersebut.

🙂

Langkah 6: Bagi rakan ‘kongsi’ itu pula, beritahu dia nama folder tersebut dan suruh dia taip sepenuhnya di address bar, contohnya “\\10.10.10.4\cddekan$” bagi kes saya ini. (10.10.10.4 itu adalah IP saya.)

Inilah hasilnya:

Sekian. 🙂

Post Yang Berkaitan