Archive for August, 2008

Kepada rakan-rakan yang menggunakan Windows XP dan Windows Vista, jangan lupa untuk patch sistem pengoperasian anda.

Jika tidak, mungkin anda akan terdedah kepada serangan daripada penggodam atau pihak yang tidak diketahui (Perkataan “bertanggungjawab” nampaknya tidak sesuai digunakan di sini. :p

Berikut ialah capaiannya:

Microsoft Security Bulletin :
http://www.microsoft.com/technet/security/bulletin/ms08-050.mspx

Untuk pembaca yang baru, saya telah terangkan dalam entri sebelum ini tentang kepentingan patch Windows XP.

Sekian sahaja, oh sebelum itu, jika anda mempunyai laman web menggunakan platform Joomla 1.5, adalah dengan segera digalakkan anda mendapatkan versi yang terbaru yang telah dipatch.

Beberapa hari lepas, kritikal advisory telah keluar di mana administrator right boleh diperoleh kerana terdapat satu flaw di pengesahan token untuk reset password.

Sekian, terima kasih.

  • 0 Comments
  • Filed under: Sekuriti
  • Assalamualaikum,

    Terima kasih kepada Amir, rakan serumah ku, untuk entri kali ini. Tahukah anda terdapat satu cara yang mudah untuk menyembunyikan folder yang anda kongsi daripada dilihat oleh orang di dalam network anda?

    Katakan begini: Saya ingin berkongsi drive DVD Rom saya dengan rakan sebelah bilik. Pada masa yang sama, saya tidak mahu orang lain dalam network yang sama tahu tentang folder/drive yang dikongsi tadi. Berikut ialah cara untuk menyembunyikan folder tersebut:

    Langkah 1: My Computer -> Tandakan drive atau folder, klik kanan -> Klik “Sharing and Security…”

    Langkah 2: Pergi ke tab “Sharing”. Klik pada arahan “If you understand the risk but still want to share the root of the drive, click here.

    Langkah 3: Kemudian Tab tersebut akan berubah.

    Langkah 4: Tandakan pada kotak “Share this folder on the network” di bahagian Network Sharing and Security.

    Langkah 2 dan Langkah 3 hanya jika anda berkongsi drive. Jika folder, teruskan ke Langkah 4

    Langkah 5: Kemudian letakkan nama folder. Jika anda cuma meletakkan nama folder seperti “cddekan”, ia akan visible di network. Inilah rahsianya: Anda cuma perlu menambah karakter “$” pada hujung nama folder anda tersebut, InsyaAllah rakan di network tidak akan nampak folder tersebut.

    🙂

    Langkah 6: Bagi rakan ‘kongsi’ itu pula, beritahu dia nama folder tersebut dan suruh dia taip sepenuhnya di address bar, contohnya “\\10.10.10.4\cddekan$” bagi kes saya ini. (10.10.10.4 itu adalah IP saya.)

    Inilah hasilnya:

    Sekian. 🙂

  • 3 Comments
  • Filed under: Windows XP
  • Assalamualaikum pembaca semua,

    Teknologi Tanpa Wayar atau Wireless boleh didapati di mana-mana sahaja di Malaysia ini. Sama ada di pejabat, di cafe-cafe, di ruang legar bangunan shopping complex, dan juga di persekitaran rumah. Tahukah anda tentang enkripsi WEP dan WPA untuk poin akses?

    Mungkin ada di antara anda pernah menggunakan laptop di tempat awam. Walau bagaimanapun terdapat signal wireless di ‘access point’ (AP) yang tidak membenarkan anda memasuki network atau menggunakan internet daripadanya. Inilah yang dinamakan enkripsi data, sama ada tempat tersebut menggunakan wired equivalent privacy (WEP) mahupun wifi protected access (WPA), kedua-duanya akan melindungi akses poin tersebut diakses daripada orang yang tidak dikehendaki.

    Yang atas tu guna WPA, yang bawah die tu guna WEP

    Jadi yang mana lebih baik? Semestinya WPA lebih baik daripada WEP. Kerana apa Dekan? Kerana enkripsi daripada WEP cuma menggunakan 64 ke 128 bit sahaja manakala WPA menggunakan sehingga 128 ke 256 bit enkripsi. Masa untuk memecahkan kombinasi WEP adalah lebih rendah daripada masa untuk memecahkan kekunci WPA. 🙂

    Oleh itu, jika anda tidak mahu jiran anda menggunakan internet wireless anda secara percuma, letakkanlah password di akses point anda. Konfigurasinya terdapat di browser anda bergantung kepada address yang anda assign di modem. Cuma perlu taip alamat gateway dan masukkan nama dan password rahsia anda untuk konfigurasikan AP anda.

    Ingat. Keselamatan adalah penting. Walau bagaimanapun, jika anda baik hati hendak berkongsi dengan jiran apa salahnya. 🙂 Tapi dinasihatkan beritahu password kepada jiran dan tetap letakkan enkripsi kepada wireless tersebut. Anda tentu tidak mahu ‘jiran’ gelap anda yang lain mengganggu trafik anda pula.

    Okies, harap anda semua jelas tentang keselamatan digital anda. 🙂

    P/S: Mungkin sesuatu di sini akan lebih menjelaskan kenapa anda perlu meletakkan enkripsi WPA berbanding WEP. :p

  • 2 Comments
  • Filed under: Sekuriti
  • Sajer-sajer.. LAlala

    Nilai Blog Saya~


    My blog is worth RM57593.28.

    How much is your blog worth?

    Listed In